SEBELUM INI, landskap perniagaan melibatkan urusan jual beli dan perkongsian maklumat adalah secara tradisional dan manual.

Namun, semua itu berubah apabila negara berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang memerlukan perniagaan mengadaptasi jual beli dan perkongsian maklumat secara dalam talian bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

Meskipun berlaku peningkatan dalam aktiviti perniagaan secara dalam talian, masih ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor korporat dan awam yang masih ragu-ragu untuk mendigitalkan perniagaan atau organisasi mereka disebabkan oleh kekurangan pendedahan, pengetahuan dan bimbingan.

Celcom Axiata Berhad melalui Celcom Business membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti dengan ekosistem penyelesaian/solusi seperti khidmat mudah alih yang menyediakan sambungan lancar di mana jua; solusi talian tetap yang menyampaikan ketersambungan berkelajuan tinggi dan berprestasi baik; solusi IoT yang mewujudkan mesin pintar dan aset pintar; solusi awan yang mengendali dan mentransformasi data melalui pengkomputeran awan dan solusi keselamatan siber yang melindungi data dan harta intelek.

Menyedari kepentingan perniagaan dan organisasi berdaya saing pada era digitalisasi kini, Celcom Business tampil sebagai rakan niaga yang dipercayai untuk membantu perniagaan mencapai potensi penuh untuk terus maju.

PKS, sektor korporat dan sektor awam kini boleh menikmati segala kelebihan yang ditawarkan untuk membolehkan mereka mengakses kepada pasaran yang lebih luas.

PKS capai asimilasi digital dalam perniagaan dengan lebih mudah dan ringkas

 Foto hiasan

Sering kali kita mendengar keluhan daripada PKS berkenaan kebuntuan mereka untuk mendigitalisasi perniagaan kerana mereka berpendapat bahawa proses itu bakal menelan kos yang tinggi, terutamanya apabila melibatkan penggunaan teknologi digital.

Celcom Business komited untuk membantu mereka menyediakan penyelesaian digital yang mudah untuk dipraktikkan dalam perniagaan seharian.

PKS seperti industri makanan dan minuman (F&B), kedai runcit atau syarikat pemula, kini boleh mencapai lebih ramai pengguna, meraih keuntungan setiap bulan dan seterusnya tahunan dengan penyelesaian digital daripada Celcom Business.

Celcom Business bersama rakan kongsi digital (global dan tempatan) menyediakan penyelesaian digital mudah kepada perniagaan dengan menyediakan siri kepimpinan melalui webinar untuk memberi pendedahan teknologi terkini yang dapat membantu kelangsungan dan kelancaran operasi harian perniagaan.

Antara produk yang ditawarkan oleh Celcom Business adalah seperti penyelesaian berasaskan awan (Azure, inOrder); penyelesaian produktiviti (Google Workspace, inSuite, Microsoft365); penyelesaian pembayaran (MESINKIRA, POS, mPOS); solusi pengiklanan (Location Based Advertising, Bulk Messaging, Social Media Messaging) dan solusi talian mudah alih serta sambungan talian tetap (MEGA™ for Business, Business Fibre dan Business Wireless).

Celcom Business membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan sektor korporat

 Foto hiasan

Bagi segelintir mereka dalam sektor korporat, digitalisasi bukanlah perkara baharu, malahan ianya masih diperlukan dan berpotensi menaik taraf kepada sistem yang lebih efisien dan pantas.

Melalui kepakaran rakan niaga industri dan digital yang bertaraf dunia, Celcom Business boleh membantu sesebuah organisasi meningkatkan pengetahuan, memacu kreativiti, menerokai serta bekerjasama dalam penghasilan produk baharu yang dikuasakan oleh teknologi daripada Celcom.

Antara produk yang disediakan oleh Celcom Business, terdapat penyelesaian mudah alih seperti MEGA™ for Business, Location Based Advertising, Bulk Messaging, Social Media Messaging dan M2M; solusi talian tetap seperti Business Fibre, SD-WAN, Internet Leased Line, IPVPN; solusi IoT seperti Pertanian Pintar, Pemantauan Pintar dan lain-lain; solusi Awan seperti Azure dan solusi keselamatan siber seperti Cyber Threat, CyberRisk Rating dan Cyber Guard.

Perkhidmatan sektor awam lebih teratur dan cekap

 Foto hiasan

Kini, sektor awam tidak terkecuali untuk mengadaptasi teknologi digital di dalam organisasi mereka.

Teknologi digital jelas menjadikan sesebuah organisasi lebih efisien dan produktif meliputi pelbagai sektor/agensi di bawahnya, sekali gus memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Antara penyelesaian yang dilaksanakan oleh Celcom Business ialah kerjasama dalam mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan termasuk membantu membina bandar mampan untuk negara.

 Foto Celcom

Menerusi kepimpinan dan pengalaman Celcom selama lebih 34 tahun, semua segmen perniagaan boleh menikmati penyelesaian bertaraf dunia dengan kepakaran yang dipercayai.

Celcom Business membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam dengan ekosistem solusi seperti khidmat mudah alih yang menghubungkan orang, solusi talian tetap yang menghubungkan lokasi; solusi IoT yang menghubungkan mesin; solusi awan yang mengendali data dan solusi keselamatan siber yang melindungi data.

Untuk maklumat lanjut mengenai ekosistem solusi Celcom Business, sila layari www.business.celcom.com.my

*Artikel ini adalah hasil kerjasama bersama Celcom.