CEO Uber jangkakan pengkomersialan 'teksi terbang' dalam tempoh 5-10 tahun

Reuters
Februari 20, 2018 10:23 MYT
CEO Uber melihat perkhidmatan teksi terbang akan wujud dalam tempoh sedekad lagi. Foto - Reuters
Dara Khosrowshahi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uber Technologies Inc berkata beliau melihat pengkomersialan perkhidmatan teksi terbang atau dikenali sebagai Uber Air akan menjadi realiti dalam masa lima hingga 10 tahun lagi.
"Saya menjangkakan kenderaan terbang akan menjadi salah satu kaedah pengangkutan awam dengan kos yang berpatutan," kata pengasas aplikasi kemudahan kenderaan dari Amerika Syarikat itu ketika berucap dalam forum pelabur di Tokyo, yang merupakan lawatan pertamanya ke Asia sebagai CEO Uber.
Firma Uber melihat Jepun berpotensi sebagai pasaran yang menguntungkan berikutan populasinya yang tinggi dan mempunyai kuasa beli yang tinggi.
Firma itu juga berusaha dalam memberi tekanan terhadap badan penyelia kenderaan awam Jepun untuk melonggarkan peraturan yang ketat dalam mengawal industri perkhidmatan kenderaan awam, khususnya perkhidmatan teksi.
#Dara Khosrowshahi #Jepun #kereta terbang #Tokyo #Uber