KUALA LUMPUR: Mata wang dalam edaran (CIC) Malaysia meningkat 15.1 peratus pada asas tahunan kepada RM150.1 bilion pada akhir 2021 daripada RM130.4 bilion pada tahun sebelumnya, pertumbuhan tahunan paling tinggi dalam tempoh dua dekad terakhir.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), perniagaan dan isi rumah lebih cenderung untuk menyimpan wang tunai fizikal melebihi keperluan biasa bagi tujuan berjaga-jaga berikutan tempoh pandemik COVID-19 yang berlarutan dan trend sama juga diperhatikan di negara-negara lain di seluruh dunia.
"Bekalan wang tunai turut mencukupi ketika negara dilanda musibah banjir teruk luar jangkaan yang menjejaskan beberapa bahagian negara pada akhir 2021," menurut bank pusat dalam Laporan Tahunan 2021 yang dikeluarkan hari ini.
Walaupun permintaan untuk wang tunai semakin meningkat, bahagian duit syiling dalam CIC menyusut daripada 5.1 peratus pada 2019 sebelum berlakunya pandemik kepada 4.3 peratus pada 2021, di mana duit syiling tidak mendapat status yang sama dengan wang kertas sebagai simpanan nilai dan medium pertukaran, katanya.
"Melalui pelbagai usaha, khususnya penggunaan mesin deposit duit syiling oleh institusi kewangan di cawangan yang terpilih, sebanyak 60.4 juta keping duit syiling bersamaan 7.6 peratus daripada jumlah duit syiling yang dikeluarkan pada 2021 telah berjaya diedarkan semula," katanya.
Bagi mengekalkan CIC yang berkualiti tinggi, BNM berkata bank telah melupuskan 24.6 peratus daripada jumlah wang kertas yang diproses pada 2021, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir.
BNM menjelaskan, dalam mengutamakan pengeluaran wang kertas yang sesuai untuk edaran, 57 peratus daripada 2.72 bilion keping wang kertas yang dikeluarkan pada 2021 ialah wang kertas yang sesuai untuk edaran semula.
"Langkah ini bukan sahaja lebih berkesan dari segi kos, malah dapat mengurangkan jejak karbon memandangkan pencetakan wang kertas turut melibatkan penggunaan intensif sumber air dan tenaga," katanya.
Secara keseluruhan, bank pusat berkata, operasi mata wang di seluruh negara kekal tidak terganggu pada tahun lepas meskipun terdapat cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19 yang berpanjangan.
"Wang tunai terus tersedia dan boleh didapati oleh perniagaan dan isi rumah, dan pada masa yang sama mengekalkan CIC yang berkualiti tinggi serta kadar pemalsuan mata wang yang secara perbandingannya adalah rendah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Bagi mengekalkan CIC yang berkualiti tinggi, BNM berkata, bank telah melupuskan 24.6 peratus daripada jumlah wang kertas yang diproses pada 2021. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
CIC Malaysia meningkat kepada RM150.1 bilion pada 2021, pertumbuhan tertinggi dalam dua dekad
Perniagaan dan isi rumah lebih cenderung menyimpan wang tunai fizikal melebihi keperluan biasa bagi tujuan berjaga-jaga.
Di sebalik sekatan pergerakan, wang tunai kekal sebagai medium paling banyak digunakan
Walaupun terdapat sekatan pergerakan dan peningkatan pesat dalam e-dagang dan perbelanjaan dalam talian pada 2020 wang tunai kekal sebagai medium pembayaranyang paling banyak digunakan pada tahun itu.