KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM100.6 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2021, berbanding keuntungan bersih RM194.44 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Perolehan merosot kepada RM4.39 bilion daripada RM4.41 bilion sebelumnya.
"Pendapatan operasi bagi suku ketiga tahun kewangan 2021 turun 0.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas terutamanya disebabkan oleh pendapatan bukan faedah yang rendah kerana prestasi tahun kewangan 2020 yang lebih kukuh disebabkan oleh pemulihan dalam aktiviti perdagangan dan pertukaran mata wang asing serta pengurusan harta," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata pendapatan bukan faedah yang rendah adalah disebabkan persekitaran perdagangan yang lemah dan aktiviti ekonomi yang terhad.
"Suku ketiga tahun kewangan 2021 juga menyaksikan rosot nilai aset tidak ketara CIMB Thai berjumlah RM1.22 bilion," katanya.
Beliau berkata rosot nilai tersebut tidak mempunyai kesan terhadap kedudukan modal dan mudah tunai CIMB dan akan membantu mengoptimumkan pulangan pelaburan masa depan yang akan memanfaatkan pemegang saham.
"Kami kekal berada di landasan untuk mencapai sasaran prestasi tahun kewangan 2021, yang mencerminkan pemulihan pertumbuhan pinjaman kami, tumpuan pada kos yang lebih ketat, peruntukan yang lebih rendah serta tarikan positif daripada inisiatif di bawah pelan strategik Forward23+ kami," katanya.
Sementara itu, katanya, perniagaan digital CIMB terus mencatatkan pertumbuhan yang baik dengan pengguna berdaftar Touch 'n Go Digital meningkat kepada 16.4 juta, pertambahan 300,000 pengguna pada suku ketiga tahun kewangan 2021 sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Perniagaan digital CIMB terus mencatatkan pertumbuhan yang baik dengan pengguna berdaftar Touch 'n Go Digital meningkat kepada 16.4 juta. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Abdul Rahman Ahmad menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan.
Penurunan nilai ringgit dipengaruhi sentimen - Nazir Razak
Menurut pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, pakar ekonomi di bank berkenaan menilai ringgit pada sekitar 3.70 berbanding dolar.
Nazir Razak terima anugerah pemimpin perniagaan Asia House
Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak, akan menerima Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia 'Asia House' bagi 2015 pada majlis yang dijadualkan berlangsung di Banqueting House Westminster pada Okt.