KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) pada Jumaat mengumumkan pemberian moratorium kepada pelanggan CBP yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, sebagai sebuah bank koperasi yang prihatin terhadap pelanggan serta selaras dengan prinsip CBP iaitu prihatin terhadap komuniti, CBP ingin mengumumkan bahawa permohonan moratorium bencana banjir boleh dibuat oleh pelanggan yang terjejas secara dalam talian di https://bit.ly/MBCBP2021 bermula 3 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022.”

“Bagi pelanggan PKS dan Koperasi pula, permohonan boleh dibuat melalui emel [email protected]. ” tambah beliau.

Cawangan CBP akan menghubungi pelanggan dan memaklumkan status permohonan moratorium melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

CBP telah ditubuhkan pada 7 Jun 1950. Pada September 2014, CBP telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah co-opbank.

CBP mempunyai 29 buah cawangan termasuk outlet di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh Syariah seperti Pembiayaan Individu, Koperasi serta Korporat, Ar-Rahnu, Deposit, Syer Keanggotaan serta Takaful dan Wasiat.  Sila layari www.cbp.com.my untuk maklumat lanjut.

*Berita asal di DagangNews.com