KUALA LUMPUR: Konsortium melibatkan The Chambers of Shamsul Qamar (CSQlaw), Kyrgyz-Malaysia Corporation (KMC) dan HalNex Sdn Bhd yakin dapat memanfaatkan projek Taman Pemprosesan Daging Halal (HMP) di Kyrgyzstan bagi meraih lebih banyak kontrak dari pasaran Asia Tengah.
Syarikat Kyrgyzstan, KMC dan firma guaman Malaysia CSQlaw dan Halnex selaku syarikat perundingan halal, telah membentuk konsortium berkenaan selepas meraih kontrak kajian kebolehlaksanaan bernilai US$400,000 (RM1.67 juta) bagi taman berkenaan dari Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kyrgyzstan.
Kontrak itu diperoleh menerusi proses tender terbuka antarabangsa pada tahun lepas dengan usaha susulan bermula September 2021 dengan kajian berkenaan dibiayai melalui bantuan teknikal Bank Pembangunan Islam (IsDB) dan Islamic Corporation for Development of Financial Sector (ICD).
Pada pagi ini, kesemua pihak terbabit telah memeterai perjanjian perunding dengan Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kyrgyzstan susulan pelantikan konsortium KMC-CSQlaw-Halnex sebagai perunding Taman HMP.
Bercakap kepada Bernama, Ketua Projek merangkap Rakan Kongsi Kanan CSQLaw Madzlan Mohamad Hussain berkata kejayaan projek HMP itu bakal mendorong pembukaan lebih banyak taman perindustrian serupa di seluruh rantau Asia Tengah termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan.
"Konsortium KMCCSQlaw-HalNex juga berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan perkembangan positif ini berikutan persamaan rantau terbabit.
"Kami juga yakin KMC sebagai rakan kongsi tempatan yang berpangkalan di Bishkek, Republik Kyrgyzstan sejak 2015 dan CSQlaw yang mempunyai cawangan pejabat di Nur-Sultan, Kazakhstan sejak 2019, dapat menembusi lebih banyak pasaran," katanya.
Malah, beliau berkata, Kygyzstan juga berpotensi tinggi untuk meningkatkan eksport produk daging halal yang bersih dan berkualiti dari segi ekologi ke negara-negara Kesatuan Ekonomi Eurasia, Kesatuan Eropah, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China.
"Sehubungan itu, Kementerian Ekonomi dan Kewangan Republik Kyrgyzstan optimis bahawa usaha bagi mempromosi industri daging halal mereka kepada standard eksport melalui projek HMP boleh menjadi strategi pengubah yang mampu memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara dan rakyatnya," katanya.
Menurut Madzlan, kajian kebolehlaksanaan tersebut dijangka siap dalam masa enam bulan.
Syarikat-syarikat terbabit juga tidak menolak kemungkinan menyertai pembangunan Taman HMP tersebut sekiranya skop tender berkaitan adalah selari dengan kemampuan mereka, katanya.
CSQlaw adalah firma guaman Malaysia yang menumpukan perkhidmatan kewangan serta komersial korporat dan telah mengendalikan projek-projek guaman berkaitan kewangan Islam di Kazakhstan, Tajikistan, dan Uzbekistan sejak lima tahun lepas.
KMC pula merupakan sebuah syarikat perunding berpangkalan di Kyrgyzstan yang ditubuhkan pada 2015 oleh Ketua Pengarahnya, Ramis Karymshakov manakala HalNex adalah syarikat perundingan automasi dan pensijilan halal yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Haziratul Mardhiah Hamdan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021
Kejayaan projek HMP itu disifatkan bakal mendorong pembukaan lebih banyak taman perindustrian serupa di seluruh rantau Asia Tengah termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan. - Gambar/ Bernama
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
CSQlaw-KMC-HalNex manfaatkan Taman Halal HMP Kyrgyzstan untuk berkembang di Asia Tengah
Konsortium melibatkan CSQlaw, KMC dan HalNex Sdn Bhd yakin dapat memanfaatkan projek Taman HMP di Kyrgyzstan bagi meraih lebih banyak kontrak dari pasaran Asia Tengah.