KUALA LUMPUR: Berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia dijangka mencapai status negara masyarakat menua pada tahun 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas.

Malah menurut DOSM, purata jangka hayat penduduk Malaysia juga adalah sekitar 75.6 tahun berbanding paras purata global iaitu 72 tahun, sekali gus membuatkan Malaysia bakal menjadi masyarakat menua dengan lebih pantas.

Jika kita mengambil kira usia persaraan pada 60 tahun, ini bermakna rakyat Malaysia perlu mempunyai simpanan mencukupi untuk meneruskan kehidupan sepanjang tempoh 15.6 tahun.


Kesan Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 telah menjerumuskan ramai rakyat Malaysia ke dalam kancah masalah kewangan. Susulan itu empat siri pengeluaran khas dilaksanakan ketika pandemik melibatkan nilai RM145 bilion.

Menurut KWSP, ketika pengumuman agihan dividen 2022, walaupun ia dilihat sebagai satu keperluan ketika krisis, namun ia hadir dengan kesan jangka panjang yang besar buat pencarum kerana 76 peratus pencarum yang berusia 55 tahun hanya mempunyai simpanan kurang RM10,000 (KWSP).


Bagaimana KWSP berfungsi

KWSP adalah skim simpanan persaraan wajib yang memerlukan pekerja dan majikan mereka mencarum peratusan gaji seseorang kepada tabung tersebut.

Sekurang-kurangnya, 11 peratus daripada gaji dipotong secara automatik daripada gaji bulanan dan majikan seterusnya menyumbang 12 peratus ke dalam dana persaraan ini.

Contohnya jika anda mempunyai gaji RM3,000 sebulan, 11 peratus daripada RM3,000 adalah RM330. Ia akan dikeluarkan daripada gaji asas anda dan dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda.

Majikan anda kemudian menambah tambahan RM360 iaitu 12 peratus daripada RM3,000.

Dari semasa ke semasa, simpanan anda bertambah besar daripada caruman bulanan dan dividen daripada KWSP ini.


Kesan pengeluaran awal KWSP

Menurut Kementerian Kewangan, hanya 27 peratus pencarum KWSP dalam lingkungan usia 18 hingga 55 tahun mempunyai simpanan dalam akaun 1, melepasi jumlah simpanan asas yang mencukupi untuk bersara.

Untuk rekod, jumlah simpanan asas mencukupi adalah RM240,000 pada usia 55 tahun.

Ketika ini, jumlah warga emas yang memerlukan bantuan kerajaan dijangka meningkat kepada 5.3 juta pada 2030 berbanding 3.5 juta pada 2021.

Median simpanan 8.1 juta ahli KWSP membabitkan semua kaum menunjukkan penurunan sebanyak 50 peratus iaitu daripada RM16,600 pada 2016 kepada RM8,100 tahun lalu.

Justeru, bagi pencarum yang masih bekerja dan belum mencecah usia 55 tahun, masih belum terlewat untuk mereka mengambil tindakan bagi menambah semula simpanan persaraan mereka.

Tanpa perancangan yang awal, mereka akan terkesan dalam jangka masa yang panjang.

Kehilangan pulangan terkompaun

Pengeluaran yang dilakukan lebih awal akan mengambil masa yang lama untuk diganti semula. Malah jika kedudukan gaji anda tidak berubah, usaha menambah simpanan ini akan menjadi lebih sukar.

Setiap ringgit yang anda simpan di dalam KWSP akan dilaburkan dan nilainya akan berganda.

Katakan anda mencarum RM100 ke dalam akaun KWSP anda pada tahun 2020.

Jadi, jika KWSP mengumumkan dividen 5 peratus untuk 2020, anda akan menerima RM5 daripada nilai RM100 yang anda simpan sekali gus simpanan anda menjadi RM105.

Nilai RM105 itu akan di bawa ke tahun 2021 dan contohnya apabila KWSP mengumumkan dividen 6 peratus pada tahun 2021, simpanan anda akan dikira berdasarkan baki RM105.

Ini bermakna daripada hanya memperoleh RM6 iaitu 6 peratus daripada RM100, anda memperoleh RM6.30 iaitu 6 peratus daripada RM105.

Inilah dinamakan pengkompaunan. Semakin lama anda simpan dan tidak mengeluarkan wang simpanan, semakin tinggi pulangan dividen terkompaun anda.

Bagaimana anda boleh kukuhkan simpanan persaraan anda?

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Malaysia mempunyai nisbah gantian pendapatan sebanyak 30 peratus, jauh lebih rendah berbanding purata dunia pada 70 peratus.

Ini bermakna wujud jurang besar antara rakyat Malaysia yang menyimpan untuk persaraan berbanding jumlah wang yang diperlukan ketika bersara.

Menurut panduan perbelanjaan yang dikeluarkan KWSP di bawah Belanjawanku, pasangan warga tua yang tinggi di Lembah Klang memerlukan sekitar RM3,090 sebulan untuk mempunyai ‘taraf hidup munasabah’ pada 2019.

Meskipun usia persaraan adalah pada 60 tahun namun anda boleh juga membuat perkiraan wang persaraan lebih awal sekiranya anda ingin bersara sebelum usia 60 tahun.

Contoh perkiraan:
Salmah adalah graduan berusia 22 tahun yang mempunyai pendapatan RM2,500 sebulan sekarang dan merancang untuk bersara pada usia 60 tahun dengan simpanan mencukupi untuk bertahan 20 tahun.

Dengan mengandaikan dia memperoleh kenaikan gaji tahunan 3 peratus sehingga bersara pada usia 60 tahun, Salmah akan mempunyai kira-kira RM974,641 nilai simpanan dalam akaun KWSP, dengan mengandaikan tiada pengeluaran dibuat.

Oleh itu, dia akan kekurangan kira-kira RM997,919 jika berhasrat untuk mengekalkan gaya hidupnya selama 20 tahun dalam persaraan.


Tambah simpanan persaraan anda

Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (PRS) ialah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak untuk persaraan.

Setiap PRS menawarkan pilihan dana persaraan yang mana individu boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan selera risiko mereka sendiri.

Pilihan dana di bawah PRS bertujuan untuk meningkatkan pulangan jangka panjang untuk ahli dalam rangka kerja terkawal.

Anda boleh mulakan pelaburan PRS anda secara dalam talian atau melalui  khidmat perunding Principal.

Unit Amanah

Unit amanah pada asasnya ialah kumpulan wang yang diuruskan secara kolektif oleh pengurus dana. Wang anda akan dikumpulkan dengan pelabur lain dan dilaburkan dalam portfolio pelbagai untuk mencapai objektif pelaburan amanah.

Kelebihan terbesar yang ditawarkan oleh unit amanah ialah ia mudah, tidak memerlukan terlalu banyak pengetahuan untuk melabur, biasanya memerlukan pelaburan awal yang rendah, memiliki kecairan yang tinggi, dan selalunya diuruskan oleh sekumpulan profesional yang menguruskan portfolio anda secara aktif.

Principal menawarkan pilihan lebih 70 dana unit amanah untuk pelabur berdasarkan toleransi risiko dan tempoh masa yang ada.

Bina dana persaraan bersama Principal

Jika anda perlukan bantuan untuk membina pelan jangka panjang untuk menjayakan pelan persaraan anda, Principal Asset Management ada penyelesainya. Jika anda berusia 55 tahun ke atas, Principal melancarkan Penyelesaian Dekumulasi PRS : Principal RetireEasy Income Fund dan Principal Islamic RetireEasy Income Fund.

Kelebihan: Principal RetireEasy Income Fund:

• Ia disertakan dengan Pelan Pengeluaran Tetap (RWP) untuk pembayaran bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan

• Sesuaikan aliran tunai selepas persaraan anda berdasarkan dana anda yang tersedia
Teruskan melabur baki anda dalam dana untuk potensi pulangan.

Elak lakukan kesilapan pengurusan kewangan yang boleh menjejaskan masa hadapan anda. Bertindak hari ini.

Mulakan perjalanan pengurusan kewangan anda Bersama Principal sekarang!

Principal adalah antara syarikat pengurusan pelaburan yang menawarkan khidmat lengkap untuk anda dengan keupayaan, pengalaman dan penyelesaian patuh Syariah yang meliputi segenap aspek termasuk Unit Amanah, Skim Persaraan Swasta, dan i-Invest KWSP.

1. Principal merupakan peneraju global dalam pengurusan pelaburan dan penyelesaian pelaburan.

2. Di Malaysia, Principal amat komited untuk menawarkan penyelesaian dan produk inovatif untuk membantu pelabur kami mencapai matlamat jangka panjang mereka. Secara keseluruhan, Principal menawarkan lebih dari 70 dana untuk membantu pelabur mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka berdasarkan toleransi risiko dan jangka masa di pasaran.
 
Perunding kewangan Principal dilatih dari segi kewangan dalam nasihat pelaburan patuh Syariah. Mereka yang berminat untuk melaburboleh menghubungi perunding kewangan Principal untuk mendapatkan penyelesaian pelaburan yang sesuai untuk memenuhi matlamat dan keperluan kewangan mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.principal.com.my/en/goal-my.html



Penafian: Maklumat dalam artikel ini telah diperoleh daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, namun, kami tidak mengesahkan atau menjamin ketepatan atau kesahihannya. Ia hanya mengandungi maklumat am berkenaan pelaburan dan tidak boleh dianggap sebagai muktamad. Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini tidak mengambil kira objektif pelaburan, keperluan tertentu atau situasi kewangan mana-mana pelabur. Pelabur harus mempertimbangkan sama ada sesuatu pelaburan itu sesuai dengan objektif pelaburan, keperluan dan situasi kewangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur. Data yang dikongsikan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan sebagai cadangan untuk membeli atau menjual sebarang sekuriti atau menggunakan sebarang strategi pelaburan. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan, penyelidikan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara umum, dan juga tidak bertujuan untuk meramalkan atau menggambarkan prestasi sebarang pelaburan. Semua pendapat dan anggaran dalam artikel ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan atau jaminan di masa hadapan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara amnya.