KUALA LUMPUR: Dagangan Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan, dibuka lebih tinggi pada pagi urus niaga Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang lebih baik semalaman apabila bank-bank utama berjaya melepasi ujian tekanan tahunan Rizab Persekutuan AS (Fed).
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.95 mata kepada 1,390.32 daripada 1,388.37 pada penutup Rabu.
Indeks utama meningkat 0.15 untuk dibuka pada paras 1,388.52.
Pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi 122 berbalas 103, manakala 257 kaunter tidak berubah, 1,842 tidak diniagakan dan 96 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 297.53 juta unit bernilai RM84.31 juta.
Pasaran saham tempatan ditutup pada Khamis sempena cuti umum sambutan Hari Raya Aidiladha.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI berakhir tinggi pada Rabu selepas pergerakan serantau yang kukuh.
"Bagi hari ini, kami menjangkakan dagangan agak lengang menjelang hujung minggu yang panjang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Namun begitu, kami mengunjurkan minat belian akan kembali kepada saham perbankan, mencerminkan prestasi kukuh bank di Wall Street," katanya kepada Bernama.
FBM KLCI diunjur berlegar dalam julat 1,385-1,395.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing meningkat dua sen kepada RM3.89 dan RM5.89 manakala Maybank meraih satu sen untuk mencatatkan RM8.74.
Tenaga Nasional menambah lima sen kepada RM9.06 tetapi CIMB turun tiga sen menjadi RM5.12.
TWL dan Classita, kedua-duanya turun setengah sen kepada tiga sen dan sembilan sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 16.21 mata kepada 10,219.30, Indeks FBMT 100 memperoleh 16.17 mata menjadi 9,923.15 dan Indeks FBM ACE meningkat 2.85 mata kepada 5,082.02.
Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 20.77 mata kepada 10,494.04 dan Indeks FBM 70 meraih 31.32 mata kepada 13,414.28.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan pulih 7.93 mata kepada 15,435.40, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.17 mata kepada 157.70 dan Indeks Perladangan susut 3.05 mata kepada 6,722.80.
Indeks Tenaga lebih rendah sebanyak 1.55 mata kepada 779.39.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.95 mata kepada 1,390.32 daripada 1,388.37 pada penutup Rabu. -Bernama
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.