Dakwaan pembangkang yang kononnya ekonomi negara sedang dilanda krisis adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata tuduhan tidak berasas pihak pembangkang yang menyamakan keadaan ekonomi negara sekarang seperti sama dengan keadaan krisis ekonomi negara ketika 1997/1998, adalah tidak berdasarkan fakta dan kajian yang mendalam.
"Seharusnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu pokok seperti ekonomi negara, hubungan kaum dan agama, kita harus ada pandangan yang hampir sama.
"Dalam hal ini, jelas pembangkang cuba untuk menjejaskan keyakinan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terhadap masa depan ekonomi Malaysia. Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab," kata beliau kepada pemberita Malaysia di luar sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang bermula hari ini.
Menyifatkan keadaan sekarang sebagai 'cabaran kepada ekonomi negara, beliau berkata keadaan hari ini jauh berbeza daripada apa yang berlaku ketika 1997/1998.
"Kita akui bahawa nilai mata wang kita turun sekitar 10 hingga 11 peratus (ketika ini) tapi dahulu, nilai mata wang daripada RM2.50 jatuh sehingga hampir RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat.
"Dulu rizab kita turun mendadak, sekarang masih sekitar US$100 bilion. Dulu bank kita menghadapi masalah besar, hari ini bank tidak mempunyai masalah besar, malah semua bank di Malaysia berada dalam keadaan kukuh dengan rizab dan kecairan amat tinggi," katanya.
Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menegaskan bahawa kedudukan ekonomi negara bukan dalam krisis.
Najib, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan beberapa langkah proaktif dalam usaha kerajaan untuk memastikan pertumbuhan, pembangunan dan sasaran defisit fiskal Malaysia yang berterusan meskipun menghadapi berlaku perubahan mendadak dalam landskap ekonomi global.
Mustapa berkata langkah-langkah yang diumumkan itu bukanlah sesuatu yang diputuskan dengan terburu-buru, tetapi diambil setelah kajian mendalam dan terperinci dilakukan kira-kira sebulan oleh kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi.
"Penjelasan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri itu mengambil kira perubahan terkini dan yang penting, kerajaan mengambil masa untuk meneliti dan mengkaji dengan terperinci akan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan dalam dasar ekonomi negara serta memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh," kata Mustapa.
Ketika ditanya sama ada sentimen pelabur terjejas akibat persepsi negatif pihak pembangkang, Mustapa berkata keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara dilihat masih kukuh berdasarkan pertumbuhan pelaburan yang menggalakkan.
Oleh demikian, beliau berkata pengumuman Najib adalah realistik dalam mempersiapkan negara dalam menghadapi cabaran semasa ekonomi global.
Menyentuh mengenai WEF kali ini, Mustapa berkata Najib akan turut menghadiri satu sesi pertemuan dengan kira-kira 45 pelabur bagi memberi penjelasan lebih lanjut mengenai status ekonomi negara serta langkah-langkah terbaharu kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan dan ekonomi negara kekal stabil.
Acara tahunan WEF, yang dilihat sebagai platform untuk mempromosi kerjasama awam-swasta itu, bakal disertai lebih 40 ketua negara dan 2,500 pemimpin perniagaan dari 140 negara.
WEF 2015 yang bertemakan "Dalam Konteks Global Baharu" dilihat bakal meneliti 10 cabaran khusus dunia dan pada masa yang sama mencari jalan penyelesaian bagi menangani impak dan risiko terhadap ekonomi tempatan secara menyeluruh.
Bernama
Wed Jan 21 2015
Dakwaan pembangkang ekonomi negara hadapi krisis tidak bertanggungjawab - Tok Pa
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos
BzBee Consult Sdn. Bhd, Agensi Komunikasi Strategik Bersepadu Bumiputera terkemuka, telah berjaya merangkul anugerah Kempen Komunikasi Global di Majlis Anugerah Komunikasi Davos 2023.
MITI akan lebih bersasar tarik pelaburan tepat, bermula dengan WEF, Davos - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan dewan-dewan perniagaan dan kumpulan pelabur.
Ini masa depan kerja menurut pakar semasa WEF 2022
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang berlangsung di Davos, Switzerland berakhir dengan jayanya 28 Mei lalu.
[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos
Keperluan bagi Asia Tenggara untuk "bersuara" dan "menjaga kepentingan sendiri" kini menjadi suatu perkara yang lebih penting untuk disegerakan berbanding masa dulu.
WEF 2022: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar dalam masa terdekat selepas menerima kelulusan Kabinet.
Perlu ada pelaburan ke atas fasiliti kesihatan mental ketika pandemik - Heidi Larson
Kerajaan sesebuah negara perlu membuat pelaburan ke atas fasiliti menangani masalah kesihatan mental ketika pandemik COVID-19.
Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.
WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.
WEF: AS perlu berhenti anggap China sebagai musuh - PM Singapura
Sekiranya kedua-dua negara tidak dapat bekerjasama, ia bukan sahaja akan menjejaskan negara tersebut malah negara lain turut terkena tempiasnya.