SYARIKAT Walt Disney dilaporkan merancang untuk membekukan pengambilan pekerja dan menamatkan perkhidmatan pekerja bagi menggerakan perkhidmatan penstriman dalam taliannya, Disney+ Hotstar.

Memetik laporan Reuters, berdasarkan memo yang dikeluarkan, ia susulan keadaan ketidaktentuan eknonomi.

Ketua Eksekutifnya, Bob Chapek dilaporkan mengeluarkan memo tersebut kepada barisan kepimpinan Disney dengan menjelaskan syarikat itu sedang memulakan pembekuan pengambilan pekerja bersasar.

Jelasnya, ia melibatkan sebilangan kecil pekerja untuk mengurangkan kos.

“Walaupun faktor makroekonomi tertentu berada di luar kawalan kita, untuk capai matlamat ini memerlukan kita semua untuk terus melakukan bahagian kita dengan menguruskan perkara yang boleh kita kawal - terutamanya, kos kita," jelas Chapek dalam memo itu.

Langkah tersebut terpaksa dilakukan selepas Disney tidak mencapai sasaran Wall Street bagi pendapatan suku tahunan pada Selasa apabila syarikat hiburan gergasi itu mengalami kerugian yang antara lain didorong oleh penggunaan penstriman video.

Ia disifatkan sebagai perniagaan terus kepada pengguna (DTC) dengan saham syarikat itu jatuh lebih daripada 13 peratus pada Rabu berikutan keputusannya.

Disney berkata perkhidmatan yang berkembang pesat itu menyasikan penambahan 12 juta pengguna pada suku keempat fiskalnya tetapi melaporkan kerugian operasi hampir AS$1.5 bilion.

Bagaimanapun, syarikat itu menjangkakan Disney+ bakal mencatatkan keuntungan fiskal pada 2024.