Pengumuman dividen 6.4 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2015, berpatutan, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata ia merupakan petunjuk mengenai pengurusan pelaburan yang baik dan berhemat KWSP memandangkan dunia kini berhadapan pelbagai halangan.

Sabtu lepas, tabung simpanan persaraan itu mengumumkan kadar dividen 6.4 peratus, dengan jumlah pembayaran sebanyak RM38.24 bilion.

Peningkatan itu selari dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP yang berjumlah RM684.53 bilion pada 31 Dis, 2015, manakala pendapatan kasar meningkat 13.18 peratus kepada RM44.23 bilion berbanding RM39.08 bilion pada 2014.