KUALA LUMPUR: Rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) diunjur berkembang sebanyak enam peratus pada 2021 dan 4.9 peratus pada 2022 dengan jangkaan pelonggaran terhadap langkah-langkah sokongan fiskal dan monetari, demikian menurut laporan Analisis Trend Serantau APEC (ARTA) yang baharu diterbitkan.
Rantau Asia-Pasifik meningkat lapan peratus pada separuh pertama 2021, berikutan penguncupan 3.7 peratus pada separuh pertama 2020.
Bagaimanapun, laporan itu menambah pertumbuhan dalam kalangan anggota ekonomi terus berbeza dan ketidaktentuan kekal ketara.
"Pertumbuhan dalam jumlah dan nilai perdagangan barangan dipercepatkan dua digit pada separuh pertama tahun ini hasil gabungan kesan titik perbandingan yang rendah ekoran penurunan ekonomi yang ketara setahun lalu dan pemulihan dalam aktiviti ekonomi," katanya.
"Perdagangan dalam barangan berkaitan COVID-19 seperti farmaseutikal, peralatan telekomunikasi dan komputer terus kukuh."
Namun, analisis itu turut menyaksikan penyusutan mendadak dalam pelaburan lapangan hijau di rantau APEC iaitu 'menjunam ke paras terendah dalam hampir 20 tahun'.
Ini amat membimbangkan memandangkan peranan yang dimainkan oleh pelaburan sedemikian dalam melonjakkan pembangunan infrastruktur dan produktiviti selain meningkatkan teknologi dan kemahiran domestik, katanya.
Satu lagi perkembangan yang membimbangkan, katanya ialah peningkatan inflasi, menyaksikan rantau ini merekodkan kadar inflasi yang lebih tinggi sebanyak 2.6 peratus dalam sembilan bulan pertama 2021, selepas mencatatkan purata 1.5 peratus pada 2020 dengan analisis itu menunjukkan risiko aliran menaik inflasi kepada pemulihan ekonomi sekiranya tidak ditangani.
Denis Hew, Pengarah Unit Sokongan Dasar APEC yang menghasilkan laporan itu, mengulas bahawa APEC berserta ekonomi global, berada dalam wilayah yang belum dicartakan, dengan pemulihan sedang berjalan walaupun dalam keadaan pandemik yang berterusan.
"Terdapat banyak pengajaran yang diperoleh daripada kemelut pandemik ini yang mana dasar ekonomi, perdagangan dan kesihatan saling berkaitan dan dasar yang baik itu amat penting. Akses yang tidak sama kepada vaksin perlu ditangani segera untuk mengelakkan pemulihan dua arah," katanya.
"Ekonomi APEC juga harus berfikir ke hadapan untuk memudahkan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur dan mantap bagi memulihkan sektor yang berdaya maju seperti pengembaraan dan pelancongan, menggiatkan semula industri pembuatan dan menguar-uarkan kemunculan pekerjaan, pasaran dan perniagaan baharu yang boleh terbukti lebih mampan serta menguntungkan."
Laporan itu juga menangani ancaman kewujudan perubahan iklim untuk rantau ini dan manusia secara keseluruhannya, kerana ia akan menjejaskan sistem kewangan, rantaian bekalan dan tingkah laku pengguna ekonomi APEC.
Ia menambah walaupun dalam senario terbaik sekalipun dengan perubahan iklim dikekalkan pada atau di bawah 2.0?C, APEC boleh menjangkakan kerugian Keluaran Dalam Negara Kasar sehingga 11.3 peratus menjelang 2050.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Rantau Asia-Pasifik meningkat lapan peratus pada separuh pertama 2021, berikutan penguncupan 3.7 peratus pada separuh pertama 2020. - Gambar hiasan
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.