PERDANA Menteri Kemboja Hun Sen memaklumkan bahawa China bersetuju untuk memberikan bantuan geran bernilai 1.75 bilion yuan atau ASD272 juta.

Perkara itu diumumkan pada Ahad susulan lawatan Menteri Luar China, Wang Yi ke negara itu.

Wang bertemu Hun Sen dan pegawai lain untuk mengadakan perbincangan dua hala mengenai usaha memerangi COVID-19, perdagangan dan pelaburan, isu pendidikan dan keselamatan.

Terdahulu, kementerian luar Kemboja berkata, lawatan dua hari Wang yang bermula Ahad juga akan merangkumi perbincangan mengenai isu kepentingan bersama serantau dan antarabangsa. 

China merupakan pelabur terbesar Kemboja dan rakan politik yang sebahagian besarnya menyokong ekonomi kalangan Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Hun Sen tidak memperincikan butiran penggunaan geran tersebut.

Pada lawatan kali ini, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan upacara penyerahan sebuah stadium baharu yang mampu menampung 60,000 penonton, di pinggir bandar Phnom Penh.

Difahamkan, kerajaan China memperuntukkan sejumlah ASD160 juta bagi projek tersebut.