Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 4.2 peratus pada tahun ini, menurut OCBC Bank dalam Laporan Prospek Global 2017 pada Isnin.
Katanya walaupun penggunaan domestik menyokong pertumbuhan, ekonomi tetap bergantung kepada eksport berbanding rakan serantaunya seperti Indonesia.
Bagaimanapun, katanya mungkin terdapat potensi penurunan yang menjejaskan pertumbuhan, termasuk kesan daripada kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke atas ekonomi global.
"Dengan risiko luaran yang meningkat, lebih sesuai jika Bank Negara Malaysia mengurangkan kadar dasarnya untuk memberi lebih tarikan kepada permintaan domestik sebagai imbangan balas.
"Dari sudut domestik, terdapat ruang yang mencukupi terutamanya dengan kadar inflasi yang agak rendah," katanya.
Pada September 2016, inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP) hanya pada 1.5 peratus tahun ke tahun.
Sebelum ini, bank pusat mengunjurkan IHP 'kekal stabil' pada 2017 berdasarkan harga komoditi dan tenaga global yang rendah, dan pada umumnya, inflasi global lemah.
OCBC Bank menjangka Bank Negara akan mengekalkan Kadar Dasar Semalamannya tidak berubah pada tiga peratus bagi sepanjang 2017.
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang pertama pada tahun ini telah ditetapkan untuk diadakan pada 18 dan 19 Jan.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun lepas berkembang sebanyak 4.3 peratus pada suku ketiga, empat peratus pada suku kedua dan 4.2 peratus pada suku pertama. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 10 2017
Menurut laporan itu, walaupun penggunaan domestik menyokong pertumbuhan, ekonomi tetap bergantung kepada eksport berbanding rakan serantaunya seperti Indonesia. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Belanjawan negara fokus reformasi struktur, pelaburan untuk kesejahteraan rakyat - MKII
Belanjawan negara bukanlah sekadar alat untuk menggembirakan rakyat atau menarik pelabur, tetapi sebagai mekanisme penting untuk mengutamakan keperluan ekonomi negara.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$116.8 bilion setakat 30 Ogos 2024
Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025.
Firma penyelidikan jangka BNM kekalkan OPR 3.0 peratus
Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat minggu ini.