Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan kukuh tahun depan serta dapat mengurangkan lagi defisit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata seperti yang dilaporkan oleh Bank Dunia, ekonomi Malaysia berkembang daripada kedudukan yang kukuh.
"Kita terus mengambil semua langkah yang perlu untuk membina negara dan meningkatkan keselamatan, kebajikan dan kebahagian rakyat Malaysia," katanya dalam Perutusan Tahun Baru 2018 yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Najib menyifatkan 2017 sebagai tahun yang membawa banyak kejayaan bagi Malaysia.
"Ekonomi kita mengatasi semua jangkaan, dengan Bank Dunia menyemak semula unjurannya bagi pertumbuhan kita tahun ini dengan menaikkannya bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali - ke paras sangat kukuh pada 5.8 peratus," katanya.
Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan banyak lagi badan bebas terkemuka dunia, kata Najib, memuji pengurusan ekonomi berhemat Kerajaan, dan mengiktiraf daya tahan dan daya saing yang telah dibinanya adalah demi untuk kebaikan rakyat Malaysia.
"Sentimen ini juga ditunjukkan menerusi keyakinan yang dipamerkan oleh komuniti antarabangsa terhadap Malaysia sepanjang tahun," katanya.
Sebagai contoh, kata Najib, pada Februari tahun ini Saudi Aramco mengumumkan ia melabur sebanyak US$7 bilion dalam Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas di Johor - menjadikan ia pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi.
HSBC melabur lebih RM1 bilion untuk membina ibu pejabat serantau baharunya di Tun Razak Exchange.
"Dan banyak lagi syarikat multinasional yang mengikut jejak langkah, melabur dan membuka operasi mereka di Malaysia," katanya.
"Seperti yang dijelaskan oleh Jack Ma daripada Alibaba, beliau memilih Malaysia untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di luar China pada 2017 kerana persekitaran mesra perniagaan yang cekap yang diwujudkan oleh Kerajaan," kata Najib.
Pelaburan ini, bangunan baharu, perniagaan baharu dan projek prasarana baharu - daripada Lebuh Raya Pan Borneo hinggalah kepada pengangkutan awam yang hebat seperti Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) di Lembah Klang, kata Najib, akan membawa perubahan sebenar kepada rakyat Malaysia.
"Lebih 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana berpeluang untuk mendapat akses lebih mudah ke pasaran global, terutamanya ke pasaran China, menerusi DFTZ, sebagai contoh; dua fasa pertama Laluan Sungai Buloh-Kajang MRT telah mewujudkan 130,000 peluang pekerjaan di mana 70,000 adalah pekerjaan langsung," katanya.
Apa yang lebih baik lagi, kata Najib, ia siap lebih awal daripada jadual dan RM2 bilion kurang daripada bajet - yang menunjukkan Malaysia mempunyai keupayaan mengendalikan projek berskala besar pada masa depan, seperti Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), yang akan dapat banyak membantu penduduk di Pahang, Terengganu dan Kelantan dan meningkatkan ekonomi tempatan mereka.
"Saya amat menyedari bahawa ada dalam kalangan kita masih berdepan dengan cabaran dan kesukaran, tetapi langkah-langkah telah diambil - dan akan terus diambil -bagi memastikan pertumbuhan negara kita terus kekal dan inklusif dan dapat meningkatkan semua segmen masyarakat," katanya.
"Kerana saya mahu semua berkongsi pembangunan ini, dan tidak ada rakyat Malaysia yang tertinggal," katanya."Itulah sebab mengapa saya mengumumkan potongan cukai bagi memberi manfaat kepada semua golongan pendapatan sederhana dalam bajet baru-baru ini, peruntukan bagi petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah, diskaun bagi pinjaman tertunggak pelajar, melonggarkan waktu bekerja wanita hamil dalam perkhidmatan awam dan pelbagai lagi langkah-langkah lain untuk membantu meringankan bebanan rakyat dan memudahkan mereka untuk menyertai sepenuhnya dalam masyarakat unik kita yang berbilang kaum," kata Najib.
Perdana Menteri berkata dalam demokrasi apa yang diambil kira adalah hasrat rakyat yang diluahkan menerusi peti undi, dan bukannya keinginan seseorang yang pentingkan diri sendiri.
"Ia bukan juga bagi ahli politik yang membantah demi kerana hanya untuk membantah - walaupun mereka secara dalam diam-diam bersetuju bahwa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah betul.
"Banyak yang kita telah lihat, sama ada bagi isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) - yang hampir semua ekonomi bereputasi di seluruh dunia memujinya, dan yang merupakan satu pembaharuan yang kebanyakan negara lain termasuk India dan Arab Saudi juga melaksanakannya," katanya.
Pada 2017, beliau berkata, Malaysia meraikan ulang tahun ke-60 sejak laungan "Merdeka!" di Padang di Kuala Lumpur.
"Walaupun kita hidup di dunia yang sangat berbeza hari ini, dengan cabaran yang amat berbeza, saya percaya bapa kemerdekaan kita akan berbangga melihat apa yang telah dicapai oleh kita dalam dekad-dekad seterusnya," kata Najib.
- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2017
Ekonomi Malaysia dijangka catat pertumbuhan kukuh tahun depan - Astro AWANI/fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.