KUALA LUMPUR: Citi Research menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4 peratus pada 2023 berikutan kesan asas dan ketidaktentuan luar.
Firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan berkata pembukaan semula sempadan China boleh membantu mengimbangi kesan ketidaktentuan luar daripada kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.
"Kami menaikkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2022 kami kepada 8.7 peratus, mengatasi unjuran Kementerian Kewangan pada 6.5- 7 peratus dan menjangkakan pertumbuhan sederhana kepada 4 peratus pada 2023," kata Ketua Citi Research bagi Ekonomi Asia Kit Wei Zheng.
Beliau berkata permintaan buruh dijangka kekal berdaya tahan dengan kadar penganggurann turun ke paras seperti sebelum COVID-19 walaupun pelaksanaan penuh kenaikan gaji minimum 25 peratus bermula separuh kedua 2023 boleh menambah kepada tekanan gaji.
Mengenai keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalamannya (OPR) pada 2.75 peratus, Citi Research berkata ia melihat ini sebagai suatu yang sementara, bukan sahaja untuk memberi lebih banyak masa lagi bagi menilai impak kenaikan terdahulu, tetapi bagi peralihan kepada keseimbangan risiko daripada pelarasan dasar dalam belanjawan.
"Dengan inflasi teras masih dilihat tinggi (meskipun menyederhana) dan risiko kepada peningkatan pertumbuhan, kami menjangka sekurang-kurangnya kenaikan 25 mata asas lagi pada Mac dan 25 mata asas lagi pada Mei dengan kemungkinan kenaikan seterusnya pada separuh kedua 2023," katanya.
Di peringkat global, Citi Research berkata ia terus melihat keadaan kemelesetan yang turun naik, dengan inflasi tinggi dan dasar monetari ketat dijangka membayangi prospek susulan cabaran geopolitik yang berterusan.
Menurutnya, kemajuan pertumbuhan global tahun ini dijangka menurun, kepada hanya lebih 2 peratus, hampir satu mata peratusan lebih rendah berbanding prestasi agak baik tahun lepas.
"Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, kita melihat peralihan dinamik dalam ekonomi global.
"China menamatkan strategi sifar COVIDnya, cuaca yang panas dan berangin di kawasan Eropah dan data terkini Amerika Syarikat menunjukkan inflasi rendah dengan aktiviti ekonomi yang masih kukuh.
"Meskipun berita baik kebelakangan ini, kami berpandangan ekonomi global masih bakal berdepan tahun yang mencabar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023
Citi Research menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4 peratus pada 2023 berikutan kesan asas dan ketidaktentuan luar. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4 peratus tahun ini
Citi Research menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4 peratus pada 2023 berikutan kesan asas dan ketidaktentuan luar.
Citi Research saran beli saham Astro
Selain jangkaan peningkatan harga, Citi berkata usaha Astro mempelbagaikan pendapatannya kurang dihargai pada ketika ini.
Firma pelaburan optimis penawaran produk jalur lebar baharu Astro
Perkhidmatan tersebut menggabungkan produk televisyen berbayar Astro dengan pakej jalur lebar dengan hanya satu bayaran bulanan.
Malaysia dijangka capai sasaran defisit fiskal 3 peratus - Irwan Serigar
Malaysia dijangka mencapai unjuran defisit fiskalnya sebanyak 3.0 peratus pada tahun ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.