KUALA LUMPUR: Jenama kosmetik tempatan, Elegant Cosmetics berhasrat untuk mengembangkan produknya lebih luas ke pasaran Asia.

Ketika ini, produk rawatan dan penjagaan kulit muka itu sudah memecah masuk pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia sambil terus mengukuh di pasaran Malaysia.

Bagi mencapai matlamat itu, Elegant Cosmetics yang merupakan penaja utama siri televisyen “Andai Itu Takdirnya” yang disiarkan di Astro Ria melantik pelakon utama drama tersebut, Hannah Delisha sebagai dutanya.

Menurut Hannah, sebagai seorang yang sangat teliti dalam memilih produk yang diletakkan pada kulitnya, Elegant Cosmetics adalah produk yang berkualiti dan diyakini selamat selepas mencubanya selama dua bulan sebelum bersetuju menjadi wajah jenama tersebut.

“Hannah punya kulit agak sensitif, kadang-kadang terlalu berminyak dan kadang-kadang terlalu kering, jadi tak boleh guna produk sembarangan.

“Walaupun ia produk tempatan, tapi sangat berkesan pada kulit Hannah dan bahan-bahan yang digunakan adalah daripada sumber semula jadi seperti estrak buah-buahan, bunga dan pokok-pokok,” katanya.

Pengasas Elegant Cosmetics, Datuk Al Amin menjelaskan bahawa pemilihan Hannah adalah bukan sahaja kerana namanya yang sedang berkembang mekar dalam industri seni rantau ini serta wajahnya yang jelita, tetapi juga personalitinya yang senada dengan jenama tersebut.

“Jadi bila kita ambil Hannah sebagai duta kami, sasaran kami adalah kalau boleh Elegant Cosmetics akan pergi lebih jauh dan seluruh pasukan yang menjual produk ini serta pengguna mendapat manfaatnya,” kata Hannah lagi.

Sempena menyambut ulang tahun ketiga kewujudannya, Elegant Cosmetics melancarkan produk terbaharu mereka iaitu “Elegant Age Defiance Oilet Serum” atau EADOS Serum.

Serum anti-penuaan itu diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat hasil gabungan bahan Adenosine dengan estrak bunga Roselle yang dapat menghasilkan kolagen pada kulit wajah.

EADOS Serum itu juga tampil dengan inovasi terbaharu “Oilet Bubble” atau “Oil-Infused Water” dengan tiga warna berbeza iaitu Merah Jambu (estrak bunga Roselle), Biru (Adenosine) dan Kuning (Vitamin C) untuk memberi penyerapan mendalam dan impak maksimum kepada kulit.

Ikuti Elegant Cosmetics di laman Instagram dan Facebook.


Lantik Hannah Delisha sebagai duta, mahu tembus pasaran Asia