Elon Musk bakal perkenal perkhidmatan emel XMail?

Amanz
Februari 25, 2024 09:46 MYT
Tidak diketahui sama ada Elon Musk benar-benar akan hadir dengan perkhidmatan emel tersendiri atau sekadar idea tanpa perancangan penuh lagi buat masa ini. -Gambar fail
BARU-BARU ini, kita telah mendengar berita palsu menyatakan GMail akan ditutup.
Selari dengan itu, pelbagai perkara berkaitan dengan arena emel, terutamanya GMail, menjadi perbualan ramai dalam internet.
Elon Musk juga tidak ketinggalan, dan turut mengacah akan hadir dengan perkhidmatan emel tersendiri, XMail.
Tidak diketahui sama ada Elon Musk benar-benar akan hadir dengan perkhidmatan emel tersendiri atau sekadar idea tanpa perancangan penuh lagi buat masa ini.

Its coming

— Elon Musk (@elonmusk) February 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apa pun, Elon Musk sedia dilihat telah mengkritik beberapa perkhidmatan dan pegangan Google sebelum ini, dan tidak mustahil beliau hadir dengan perkhidmatan pesaing GMail dalam menarik lebih ramai pengguna di bawah X.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan adalah Elon Musk akan hadir dengan XMail, dan sekiranya benar bagaimanakah reaksi pengguna dan keyakinan dalam menggunakan perkhidmatan emel tersebut. -Amanz
#Elon Musk #XMail #Gmail #emel