Elon Musk bakal tawarkan kod sumber untuk chatbot 'Grok' minggu ini

Amanz
Mac 12, 2024 05:00 MYT
Grok merupakan chatbot sebaris dengan ChatGPT yang membolehkan pengguna berinteraksi dalam mendapatkan maklumat berkaitan. -Gambar fail
ELON Musk memaklumkan akan menawarkan kod sumber untuk chatbot “Grok” di bawah xAI dalam bentuk sumber terbuka pada minggu ini.
Langkah ini diambil oleh Elon Musk selepas mengkritik OpenAI sebelum ini dengan menyatakan ia tidak berpegang pada prinsip asal ingin membangunkan kecerdasan buatan dalam bentuk terbuka.

This week, @xAI will open source Grok

— Elon Musk (@elonmusk) March 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Elon Musk pernah menawarkan kod sumber algoritma untuk laman X secara terbuka – sekali gus turut melibatkan sumbangan orang ramai dalam menambah baik kod algoritma berkenaan.
Grok merupakan chatbot sebaris dengan ChatGPT yang membolehkan pengguna berinteraksi dalam mendapatkan maklumat berkaitan.
Apa yang menjadi kelebihan Grok adalah ia mempunyai akses kepada data masa-nyata melalui X atau Twitter – sekali gus memberikan input yang lebih terkini kepada pengguna.
Dengan perkembangan terbaharu ini, sama-sama kita nantikan penawaran kod sumber Grok oleh xAI pada minggu ini. -Amanz
#Elon Musk #ChatGPT #OpenAI #Grok