KUALA LUMPUR:Peneraju teknologi semikonduktor termaju dunia, Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung) mengumumkan pelancaran perisian telefon terbaharu yang dibangunkan syarikat itu, Exynos 2100, kepada pasaran baru-baru ini.

Majlis pelancaran secara maya tersebut mengumumkan Exynos 2100 sebagai perisian pertama dibangunkan Samsung bersama integrasi premium 5G dengan 5 nanometer (nm) termaju serta proses nod tercanggih.

Presiden bagi Sistem Perniagaan LSI Samsung Electronics, Inyup Kang berkata, Exynos 2100 merupakan perisian tercanggih yang dihasilkan syarikat ketika ini.

“Perisian ini dikuasakan dengan teknologi pemprosesan terbaik dan dikuasakan bersama modem 5G canggih pada kecekapan kuasa 5nm proses nod. Ia sekali gus menetapkan standard baharu kepada peranti-peranti flagship masa hadapan.

“Pasukan Exynos kami amat komited dalam menyediakan pengalaman perkomputeran peranti premium dengan membawa inovasi bagi perisian yang merupakan komponen utama dalam peranti pintar,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.



Dalam pada itu, Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan, Perniagaan Saluran Pelanggan ARM, Paul Williamson berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama erat dengan Samsung dalam menghasilkan platform grafik dan generasi akan datang komput berkuasa dalam Samsung Exynos 2100.

“Menerusi hasil kerjasama ini, kami berjaya memaksimumkan prestasi dan menjadikan pengalaman ini sebagai suatu yang realiti dalam generasi peranti akan datang. Pada masa sama, ia turut menawarkan jangka hayat bateri mengagumkan,” ujarnya dalam kenyataan sama

Prestasi bagi cip perkomputeran dan pemprosesan grafik kini dipertingkatkan dan ditambah baik bagi mencapai jangkaan prestasi kuasa pengguna.

Perisian integrasi 5G telefon flagship, Exynos 2100 ini membolehkan pengurangan penggunaan kuasa sehingga 20 peratus atau 10 peratus lebih tinggi bagi keseluruhan prestasi berbanding 7nm sebelumnya.

Bagi peningkatan yang lebih baik, cip ini menawarkan penambahbaikan penggunaan memori dan penjadual lebih berkuasa.

Octa-core CPU hadir dalam struktur tiga kluster dipertingkatkan diperbuat oleh teras Arm Cortex-X1 yang boleh bergerak sehingga 2.9GHz, tiga teras prestasi tinggi Cortex-A78 dan empat teras kecekapan kuasa Cortex-A55, memberi lebih 30 peratus peningkatan dalam pelbagai teras prestasi berbanding sebelumnya.

CPU Arm Mali™-G78 yang menyokong APIs terbaharu seperti Vulkan dan OpenCL meningkatkan lagi prestasi grafik kepada lebih 40 peratus daripada segi visual menakjubkan dan kelancaran grafik serta membolehkan pengguna menikmati pengalaman terbaik termasuk permainan video dan AR/VR atau MR.

Keupayaan kecerdasan buatan (AI) juga akan menerima peningkatan signifikan menerusi Exynos 2100. Rekaan baharu tiga teras NPU telah meningkatkan rekaan seperti mengurangkan operasi tidak penting bagi kesan penggunaan maksimum selain menyokong ciri peta dan pemampatan berat.

Exynos mampu melaksanakan sehingga 26 trilion operasi sesaat (TOPS) dengan lebih daripada kecekapan kuasa berganda berbanding generasi sebelumnya.

Modem Exynos 2100 integrasi 5G menyokong 5G sub6GHz dan spetrum mmWave daripada 2G GSM/CDMA, 3G WCDMA dan 4G LTE bagi liputan rangkaian serta kebolehgantungan lebih kuat.

Ia turut memberi kelajuan paut turun yang lebih pantas sehingga 5.1 gigabait sesaat (Gbps) dalam sub6GHz dan 7.35Gbps dalam mmWave atau sokongan sehingga 3.0Gbps dalam rangkaian-rangkaian 4G dengan 1024QAM.

Perisian Exynos 2100 kini berada pada peringkat pengeluaran secara besar-besaran.

Informasi berkaitan perisian Samsung Exynos 2100.

Maklumat lanjut berkaitan produk Samsung’s Exynos, sila layari laman web Samsung