Forum Gergasi Korporat Asia akan dianjurkan pada 21 Feruari depan bagi menandakan pengumuman kelompok Gergasi Korporat 2012 Asia.

Acara tersebut bakal menampilkan pendedahan lebih 2,200 syarikat Asia paling berpotensi dan berjaya diukur melalui nilai keuntungan bersih syarikat mengikut industri.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan DP Information, Chen Yew Nah, hasil pencarian mendedahkan setiap negara memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada ekonomi serantau.

Jelasnya, daripada 14 sektor tersenarai, antara sektor terkukuh adalah industri petroleum dan gas, pembuatan, serta insurans atau takaful.

Kesemua sektor tersebut menyumbang 2/3 daripada pendapatan keseluruhan bagi pendapatan semua sektor.

Tambah beliau lagi, hasil pencarian turut mendedahkan syarikat tempatan turut menampilkan prestasi yang amat memberangsangkan.

Forum Gergasi Korporat Asia 2012 dianjurkan Institiut Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli) serta RAM Credit Information dengan kerjasama Kumpulan DP Information.

Beberapa sesi forum akan diadakan bagi mengumpulkan eskekutif tertinggi syarikat gergasi selain berperanan sebagai platform bagi mengalakan integrasi korporat serantau.