PUTRAJAYA: Cadangan penggabungan AMMB Holdings Bhd (AmBank) dan RHB Bank Bhd serta minat Grab Holdings Inc terhadap kepentingan dalam bank itu masih kekal sebagai topik perbincangan di pasaran setakat ini, kata Pengerusi Emeritus/Penasihat Kehormat AmBank Tan Sri Azman Hashim.
Sambil mengakui mengetahui bahawa topik itu telah lama berlegar di pasaran, beliau berkata pada masa ini tiada sebarang perkembangan atau kemajuan baharu berkaitan cadangan tersebut.
“Perbincangan (bualan di pasaran) akan berterusan, namun sehingga sekarang ia tidak lebih daripada sekadar cakap-cakap. Malah, tiada apa-apa yang rasmi mengenai perkara berkaitan Grab setakat ini.
“Memang terdapat banyak cadangan yang sedang kami perhalusi, tetapi tiada yang serius,” katanya kepada Bernama di luar Program Pemimpin PKS 2022 Yayasan Kepimpinan Perdana yang bertemakan Pertukaran Pengetahuan Bagi Kecemerlangan Keusahawanan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Azman berkata AmBank sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan digitalnya yang turut membuka jalan pendigitalan sebagai langkah kemajuan ketika dunia banyak memberi tumpuan terhadap perbankan digital.
Menurutnya, bank itu juga telah melancarkan platform e-perbankan menerusi kerjasama dengan institusi lain dalam bidang baharu selain meninjau pendigitalan dengan struktur sedia ada walaupun tidak menyertai usaha mendapatkan lesen perbankan digital.
“Segmen e-perbankan kami telah berkembang pesat...kami tiada pilihan selain menyertai usaha serta persaingan (yang memerlukan penggunaan pendigitalan).
“Kami juga sentiasa mengemaskini serta mengeluarkan produk-produk baharu berikutan peranan pendigitalan itu yang dianggap sebagai keperluan masa depan,”
katanya.
Laporan sebelum ini menyatakan Grab yang juga syarikat e-panggilan berpejabat di Singapura, berminat untuk membeli kepentingan dalam AmBank daripada dua pemegang saham terbesarnya, Australia and New Zealand Banking Group Ltd (ANZ) serta Azman.
ANZ memegang 21.68 peratus kepentingan dalam AmBank manakala Azman sebanyak 11.83 peratus.
Azman telah melepaskan tugas sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutif AmBank berkuat kuasa pada 31 Mac, 2022 iaitu selepas berakhir tahun kewangan AmBank, namun kekal sebagai pengerusi dalam pelbagai entiti termasuk Institut Bank-Bank Bertauliah Asia, Asian Banking School Sdn Bhd, Financial Industry Collective Outreach (FINCO), Malaysia South-South Corp Bhd dan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun.
Beliau juga menyandang tugas sebagai pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, Persatuan Selatan-Selatan Malaysia dan Majlis Penasihat Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim Universiti Teknologi Malaysia serta Pengerusi Emeritus Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC).
Usaha sama bank digital Grab, GXS Bank, telah diumumkan sebagai antara penerima lesen bank digital oleh Bank Negara Malaysia, baru-baru ini.
Pada awal tahun ini, Grab juga telah mengambil alih 16.3 peratus kepentingan dalam PT Bank Fama International Indonesia bagi mencari peluang di kawasan tersebut. - DagangNews.com
Dagang News
Thu May 26 2022
AZMAN: Perbincangan (bualan di pasaran) akan berterusan, namun sehingga sekarang ia tidak lebih daripada sekadar cakap-cakap. Malah, tiada apa-apa yang rasmi mengenai perkara berkaitan Grab setakat ini. -Gambar fail/BERNAMA
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Industri kewangan mesti bekerjasama perangi jenayah kewangan, penipuan - AICB
Azman Hashim berkata kepercayaan dalam kalangan negara juga penting untuk berkongsi risikan, kerjasama dalam penyiasatan, dan mengharmonikan peraturan AML dan CTF.
Bank digital jadikan industri perbankan semakin kompetitif
Azman berkata, kewangan sosial juga bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam industri.
Gabungan AmBank, RHB dan minat Grab hanya 'bualan pasaran' setakat ini
Pada masa ini tiada sebarang perkembangan atau kemajuan baharu berkaitan cadangan tersebut.
Ambank Group lantik Md Nor Yusof sebagai pengerusi
AmBank Group telah mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Nor Yusof sebagai pengerusi baharunya.
Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.
Voon ganti Azman sebagai Pengerusi AmBank
Azman, 79, kekal sebagai Pengerusi AMMB Holdings.
'Kegelisahan pasaran tempatan akan lenyap selepas Kabinet dibentuk' - Azman Hashim
Tokoh perbankan, Tan Sri Azman Hashim berkata sentimen kegelisahan dalam pasaran tempatan kini hanya bersifat sementara.
Prospek sektor perbankan kekal cerah - Azman Hashim
Prospek sektor perbankan kekal cerah memandangkan ia mencatat kemajuan pada suku yang lepas.