KUALA LUMPUR: Peningkatan harga minyak mentah ketika ini telah dijangkakan ketika sebahagian daripada negara-negara dunia menyaksikan peningkatan permintaan susulan keadaan pandemik COVID-19 yang mula mereda, kata seorang penganalisis.
Naib Presiden bagi Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata permintaan terhadap minyak mentah dijangka kekal di atas paras US$80 (US$1 dollar =RM4.18) setong untuk beberapa waktu dan kemungkinan mencecah paras US$90 setong dengan ketibaan musim sejuk di hemisfera utara tidak lama lagi.
"Dengan peningkatan kadar vaksinasi dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di kebanyakan negara, permintaan terhadap minyak mentah mula kembali.
"Kami berpendapat sektor tenaga tempatan boleh menjadi satu lagi tumpuan utama pemulihan bagi peluang dagangan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang," katanya kepada Bernama.
Harga minyak mentah melepasi US$80 setong pada Selasa yang merupakan paras tertinggi sejak Oktober 2018 di tengah-tengah krisis tenaga global, berikutan petanda permintaan mengatasi penawaran dan penurunan inventori.
Hari ini, minyak mentah Brent melonjak 1.07 peratus kepada US$80.38 setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 1.29 peratus kepada US$76.42 setong .
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kurangnya pelaburan dalam sektor minyak dan gas dalam tempoh 18 bulan lepas merupakan antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan harga minyak mentah.
"Ia dapat difahami ekoran penularan COVID-19 yang menyebabkan aktiviti ekonomi global hampir terhenti berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, ini telah mewujudkan ketidakpadanan antara peningkatan permintaan minyak mentah dan kapasiti yang tersedia untuk dikeluarkan, kata Mohd Afzanizam.
"Itu belum lagi ditambah dengan Taufan Ida, yang memberi kesan negatif kepada kapasiti penapisan Amerika Syarikat semasa tempoh Ogos dan September.
"Situasi yang sama juga berlaku dalam komoditi lain iaitu arang batu dan gas asli di mana harga meningkat dengan ketara. Impaknya boleh dua kali ganda," katanya.
Baru-baru ini, Goldman Sachs mengunjurkan harga minyak mentah Brent mencecah US$90 setong sebelum akhir 2021 di tengah-tengah kekurangan bahan api yang boleh membawa kepada peningkatan tenaga global pada bulan-bulan akan datang.
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) yang tidak dapat menampung lonjakan permintaan itu berdepan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran ekoran kurangnya pelaburan atau penangguhan penyenggaran akibat daripada pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 28 2021
Dengan peningkatan kadar vaksinasi dan kelonggaran SOP di kebanyakan negara, permintaan terhadap minyak mentah mula kembali. -Gambar hiasan
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
Ringgit menyusut berbanding dolar US semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.6340/6435 berbanding dolar US daripada 4.6265/6305 yang direkodkan semasa Jumaat lepas.
Iraq dagang minyak untuk peroleh bekalan gas Iran
Ini bagi menamatkan isu kelewatan pembayaran kepada Tehran, yang tertunggak gara-gara menunggu kelulusan Amerika Syarikat.
Harga minyak mentah Brent bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Jan
Harga minyak global merosot lebih satu peratus, dengan minyak mentah Brent jatuh di bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Januari, lapor Xinhua berdasarkan data dagangan pada Isnin.
Harga minyak turun ekoran kebimbangan mengenai kemelesetan, pengukuhan dolar
Harga minyak berindeks dolar AS mengalami tekanan ekoran kenaikan nilai dolar AS.
Jepun harap Arab Saudi main peranan utama stabilkan pasaran minyak
Fumio Kishida menyuarakan harapannya agar Arab Saudi memainkan peranan utama dalam menstabilkan pasaran minyak mentah.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS pada pembukaan urus niaga pagi ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah.
Arab Saudi dan China bincang guna Yuan untuk transaksi minyak mentah
Jika ini berlaku, ia dijangka menjejaskan dominasi dolar AS dalam transaksi minyak dunia.
Sekatan ke atas Rusia beri implikasi buruk kepada pasaran minyak
Harga minyak mentah kini berada pada paras tertinggi sejak 2008, mencecah AS$139 setong untuk seketika.
Kenaikan harga minyak mentah akan bawa kemusnahan permintaan - Moody's Analytics
Kemusnahan permintaan adalah penurunan yang kekal pada keluk permintaan, dengan pergerakan permintaan terhadap komoditi terus menyusut.