KUALA LUMPUR: Seiring dengan era digital dan permintaan terhadap penciptaan kandungan, pengeluar telefon pintar terkemuka, HONOR kini melancarkan HONOR 50 5G khusus bagi menawarkan pengalaman vlog terbaik kepada peminat jenama itu.
Penciptaan peranti terbaharu diperkenalkan ini memenuhi keperluan pengguna dan peranti terbaik bagi mereka yang lebih gemar kepada set rakaman lebih minimal ketika ingin membuat penggambaran.
Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li berkata, peranti tersebut dilengkapi dengan ciri rakaman multi video dan enam mod penggambaran vlog yang sesuai dengan kepelbagaian kaedah pembikinan video mengikut kreativiti pengguna.
“Ini yang menariknya, bersama ciri rakaman multi video dan penggambaran pelbagai sudut pengguna kini boleh menghasilkan vlog yang menarik dengan proses suntingan minimum selepas rakaman.
“Single to dual recording. Semasa membuat rakaman, kita boleh beralih daripada rakaman lensa tunggal dan rakaman lensa dwi hadapan dan belakang mengikut kreativiti pengguna. Proses vlog adalah penuh dengan kejutan dan tak dapat dijangka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran HONOR 50 5G yang diadakan secara maya baru-baru ini.
Prestasi HONOR 50 juga digerakkan oleh cip Snaddragon 778G, bersama RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Peranti ini mempunyai skrin sedikit kecil dan rata, sebesar 6.57 inci tetapi masih dari jenis 120Hz HD penuh dan kadar sentuhan pensampelan 300Hz, permainan yang mengasyikkan boleh dirasai dengan HONOR 50.
Bateri lebih besar di pasang di dalam HONOR 50, berkapasiti 4,300mAh tetapi dengan sokongan pengecasan pantas 66W.
Peranti ini turut mempunyai kamera utama 108 megapiksel (MP) F1.9, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Tetapi kamera hadapan hanya satu, dengan sensor 32MP.
Bagi varian 6+128GB, ada dua warna boleh dipilih iaitu midnight black dan warna eksklusif HONOR Code. Manakala varian 8+256GB disediakan dalam tiga pilihan warna iaitu midnight black, frost crystal dan emerald green.
HONOR 50 5G storan 128 gigabite (GB) ditawarkan pada harga RM1,699 manakala, storan 256GB pada harga RM1,999.
Haikal Raman
Tue Oct 26 2021
Peranti terbaharu ini dilengkapi ciri rakaman multi video dan enam mod penggambaran vlog yang sesuai dengan kepelbagaian kaedah pembikinan video mengikut kreativiti pengguna. - Foto HONOR 50 5G
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
HONOR 50 5G, siri peranti HONOR terbaik bagi pengalaman vlog pengguna!
Peranti terbaharu ini yang terbaik bagi mereka yang lebih gemar kepada set rakaman lebih minimal ketika ingin membuat penggambaran.