KUALA LUMPUR: HRD Corp kini bakal menggalas tanggungjawab yang lebih besar apabila diumumkan selaku agensi yang akan menjadi pusat bagi semua program-program pembangunan modal insan di negara ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Jelas Perdana Menteri ia bersesuaian Peranan yang dimainkan HRD Corp yang semakin penting sepanjang tempoh 18 bulan ini, apabila memperkenalkan pelbagai program untuk melindungi pekerjaan sedia ada dan mencipta peluang baharu untuk rakyat Malaysia.
Malah bersempena dengan pelancaran platform sehenti nasional pertama negara, UpskillMalaysia, HRD Corp bakal menampilkan senarai komprehensif program latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp Datuk Shahul Dawood Pelbagai program telah diwujudkan oleh bagi melahirkan pekerja bahkan usahawan berjaya sebelum ini dan kini tiba masanya ia wajar melangkah lebih jauh.
“Saya kira sudah tiba masanya untuk HRD Corp untuk melakukan penjenamaan semula untuk bersaing dan seiring dengan cabaran yang ada dalam pasaran. Jenama yang ada kini sudah berusia 28 tahun dan ia merupakan jenama yang kukuh dan seandainya jika ia mahu dijenamakan maka ia memerlukan pelan yang komprehensif dan baik selain perlaksanaan yang cemerlang.” Jelasnya selepas menyaksikan Pelancaran Jenama HRD Corp Dan Platform Sehenti Program Kemahiran Nasional disempurnakan oleh Perdana Menteri pada Khamis.
Malah cabaran dan tanggungjawab HRD Corp kini juga adalah lebih besar selepas Perdana Menteri mengumumkan HRD Corp kini turut akan memainkan peranan selaku pusat pembangunan modal insan.
Namun jelas Datuk Shahul pihaknya bersedia menggalas tugas terbaharu itu dengan amanah selari dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh kerajaan.
“Kita telahpun menambah pelbagai program-program yang baharu sesuai dengan kehendak pasaran ketika ini. Malah kita juga telah melebarkan lagi skop program sedia ada. Ia tidak lagi hanya memberi fokus kerpada lepasan graduan atau pekerja tetapi kita ada banyak lagi program.
“Jadi saya kira penjenamaan semula ini adalah amat penting bagi memastikan kita kekal bersaing dalam industri dan berdepan dengan cabaran baharu yang ada dalam pasaran ketika ini.”Jelasnya.
HRD Corp juga telah melancarkan platform pembelajaran dalam talian percuma e-LATiH yang telah menerima penyertaan sebanyak 400,000,000 dalam semua kursusnya dan membangunkan HRD Corp Placement Center (HPC) yang menawarkan hampir 40,000 peluang pekerjaan selain penempatan dengan beberapa majikan terkemuka di Malaysia.
Malah sehingga kini, lebih 200 program dalam 35 bidang kemahiran ditawarkan oleh 28 kementerian dan agensi menerusi platform UpskillMalaysia.
Malah peranan HRD Corp sewajarnya pantas dipuji oleh Perdana Menteri dalam ucapan pelancaran semalam yang menyifatkan pentingnya peranan yang dimainkan agensi tersebut ketika ini kepada negara.
“Saya yakin, HRD Corp mampu terus menyokong visi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi berteraskan ekonomi digital, melalui pembangunan aset negara yang paling berharga, yakni Keluarga Malaysia sendiri.”Kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Dec 04 2021
Ismail Sabri ketika hadir pada majlis pelancaran jenama HRD Corp dan platform sehenti program kemahiran nasional pada Khamis. -Foto HRD Corp
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Malaysia berpotensi menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030 - Amro
Malaysia berdedikasi untuk menarik syarikat berteknologi tinggi dan menggalakkan kemajuan rantaian nilai dalam industri sedia ada.
Malaysia berada di landasan untuk jadi negara berpendapatan tinggi pada akhir dekad ini - AMRO
Malaysia disokong oleh aliran masuk FDI yang kukuh dan sektor pembuatan yang rancak terutama dalam industri semikonduktor.
KMF 2023: Nilai semula sistem 'patronage', ganjaran kepada penyokong parti politik
Amalan memberi konsesi atau kontrak kepada kumpulan yang terpilih, bukan sesuatu sistem ekonomi yang inklusif dan sofistikated.
Kerajaan persiap negara tempuh fasa kedua KSP RMK12 - PM Anwar
Sebanyak 17 anjakan dan 71 inisiatif utama telah diperkenalkan bagi memastikan keberhasilan perkara disasarkan tersebut.
Ekonomi Madani perlu dilaksana dengan tekad, bebas Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata, dasar ekonomi serta kewangan hari ini bakal menentukan hala tuju dan trajektori pembangunan pada masa hadapan.
Wajibkan sistem upah berkait produktiviti - Ahli Majlis NCCIM
Gesaan itu bertujuan untuk memaklumkan bahawa sistem gaji di Malaysia semakin ketinggalan zaman dan perlu diubah.
Kementerian Ekonomi tumpu tiga perkara utama bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama tahun ini bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2026.
HRD Corp kini aset penting negara perkasakan program modal insan
Sebagai platform sehenti nasional pertama negara, UpskillMalaysia, HRD Corp bakal menampilkan senarai komprehensif program latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia.
RMK-12: Kerajaan peruntuk RM400 bilion untuk projek sambungan, baharu - Ismail Sabri
Kerajaan ambil pendekatan whole-of-nation approach, melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat.
RMK-12: Tiada jalan lain, perlu guna teknologi termaju untuk capai negara berpendapatan tinggi - PM
Melalui RMK-12, langkah mempercepat penggunaan teknologi dan inovasi akan ditumpukan kepada pendigitalan dan teknologi termaju, termasuk teknologi 4IR.