KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memeterai perjanjian penyewaan selama 21 tahun dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk memindahkan ibu pejabat korporatnya dari Menara Maybank ke ikon terbaharu negara, Menara Merdeka 118 menjelang suku pertama 2025.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli berkata keputusan untuk berpindah dibuat selepas perbincangan menyeluruh dan mendalam di peringkat tertinggi Maybank sejak 2019.
"Kami telah membuat banyak pertimbangan yang merangkumi keperluan ruang kerja yang menyokong norma baharu serta memenuhi cita-cita kemampanan bank.
"Memandangkan kami secara progresif sedang menerima pengaturan kerja hibrid termasuk pejabat maya, kami mahu menduduki ruang kerja yang optimum dalam bangunan yang disokong oleh infrastruktur teknologi moden dan progresif alam sekitar, sejajar dengan piawaian global baharu kelestarian dalam bangunan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini.
Perjanjian itu dimeterai Khairussaleh dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn. Pengerusi Maybank Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa serta Pengerusi Kumpulan PNB Tun Arifin Zakaria turut hadir pada majlis tersebut.
Menurut Khairussaleh lagi, Maybank akan menyewa secara keseluruhan 33 tingkat bagi menempatkan kira-kira 5,900 pekerjanya. Ia akan menduduki 650,000 kaki persegi, kurang daripada kawasan yang boleh disewa bersih semasa di Menara Maybank iaitu 1.09 juta kaki persegi.
Turut dipindahkan ke Menara 118 ialah anak syarikat Maybank terpilih yang sekarang ini berpejabat di Dataran Maybank termasuk Maybank Islamic, Maybank Investment Bank dan Maybank Asset Management.
Sebagai penyewa utama, katanya, Maybank ditawarkan hak penamaan serta papan tanda ke atas bangunan itu, ini akan meningkatkan keterlihatan jenamanya di salah satu bangunan yang tertinggi di dunia.
Sebagai permulaan, Maybank akan membayar sewa kasar bulanan sebanyak RM10.60 setiap kaki persegi bagi enam tahun pertama, dengan pelarasan seterusnya untuk kos inflasi. Ini diterjemahkan kepada kadar sewa efektif sebanyak RM8.92 kaki persegi iaitu lebih rendah daripada sewa kasar serta dalam kadar pasaran saksama sebanyak RM8.48 kaki persegi dan RM8.93 kaki persegi seperti yang dinilai oleh penilai bebas. Kadar sewa efektif bersih biasanya digunakan sebagai jangkaan ukuran pendapatan daripada penyewa.
Sementara itu, memandangkan langkah itu akan menyebabkan kekosongan di Menara Maybank yang dimilikinya, kedua-dua pihak juga telah memeterai perjanjian pajakan untuk tempoh 10 tahun secara bersih tiga kali ganda, serentak dengan perjanjian penyewaan untuk Menara Merdeka 118.
"Perjanjian pajakan bagi Menara Maybank akan bermula pada suku terakhir 2025. Di bawah asas bersih tiga kali ganda itu, PNB akan menjadi pemberi pajak induk selain, menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan dengan bangunan termasuk penyelenggaraan, insurans dan cukai.
"Pengaturan ini akan membolehkan Maybank merealisasikan pendapatan sewa sambil menangguhkan pelupusan bangunan ke tarikh kemudian apabila pasaran hartanah pulih selanjutnya, membolehkan bank memaksimumkan nilai bangunan," katanya.
Ahmad Zulqarnain ketika mengulas mengenai perjanjian itu menjelaskan Menara Merdeka 118 akan siap menjelang akhir tahun ini dan ia akan menjadi bangunan pertama di Malaysia yang disasarkan untuk mencapai pensijilan platinum hijau tiga kali ganda dalam Kepimpinan dalam Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar (LEED), Indeks Bangunan Hijau (GBI) serta Hartanah Hijau (GreenRE).
"Penyewaan Menara Maybank adalah penyelesaian menang-menang bagi kedua-dua pihak. Yang mana, Maybank akan beralih daripada tuan tanah dan berpindah ke Merdeka118 manakala PNB akan menguruskan aset Menara Maybank sebagai sebahagian daripada portfolio hartanah teras domestiknya, yang kini berjumlah 40 aset dan 13 aset lagi di peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
Maybank akan menyewa secara keseluruhan 33 tingkat bagi menempatkan kira-kira 5,900 pekerjanya. - Gambar/ Wikipedia
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.41 mata kepada 1,542.27 daripada 1,539.86 pada Jumaat lepas.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 9 Mac 2024
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Pada masa sama pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan d
Keuntungan bersih Maybank meningkat 17.5 peratus kepada RM9.35 bilion pada tahun kewangan 2023
Maybank mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM9.35 bilion, peningkatan 17.5 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini
Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi suram Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.46 mata kepada 1,527.91 daripada paras penutup Selasa 1,531.37.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 14 Januari
Perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web & aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.
PADU akan bantu kurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini - Maybank IB
Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu usaha untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini.
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Maybank mudahkan pemindahan wang rentas sempadan dengan DuitNow Overseas Transfer
DuitNow Overseas Transfer membolehkan pelanggan Maybank kirim wang dengan cepat dan mudah kepada penerima di Singapura dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih yang berdaftar.
Alvin Lee dilantik CEO Maybank Singapura
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan pelantikan Alvin Lee Han Eng sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) negara, Maybank Singapore Limited dan CEO Cawangan Maybank Singapura.