Indonesia akan menyelaraskan proses permit kerajaan dengan menggabungkan semua urusan lesen kementerian di bawah sebuah pusat sehenti bagi menarik pelaburan dalam usaha mengurangkan defisit perdagangannya, lapor Bloomberg.
Permit daripada kementerian seperti perlombongan, perhutanan dan pengangkutan akan dipindahkan ke bawah bidang kuasa sebuah lembaga penyelarasan pelaburan, kata Menteri Penyelaras Ekonomi, Sofyan Djalil dalam satu wawancara dengan Bloomberg TV Indonesia di Jakarta.
Indonesia perlu memperbaiki birokrasinya bagi memastikan agar peraturan tidak menjadi kekangan kepada pembangunan, kata beliau pada minggu pertama selepas dilantik sebagai menteri kabinet oleh Presiden Joko Widodo.
"Saya dengar banyak rungutan berkenaan soal permit," kata Joko yang lebih dikenali dengan nama Jokowi kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan gabenor daerah di Istana Presiden.
Kata Jokowi, beliau sudah mengarah mereka untuk menubuhkan pusat sehenti pada peringkat wilayah dan memberi tempoh setahun untuk berbuat demikian atau berdepan tindakan.
Pelan itu membayangkan usaha pertama Jokowi untuk menangani birokrasi yang menjadi alasan Bank Dunia menempatkan Indonesia pada kedudukan 155 daripada 189 negara ekonomi dalam senarai mudah atau sulitnya untuk memulakan perniagaan.
Pelabur telah membeli hampir RM12 bilion saham pada tahun ini dengan harapan Jokowi akan mengulangi dasar-dasarnya membaik pulih birokrasi semasa jadi gabenor Jakarta, memindahkan kutipan cukai secara online dan melancarkan infrastruktur. Menurut Sofya, Jokowi seorang pengurus yang "amali" (hands on).
"Presiden mahu perkhidmatan sehenti jadi pusat sehenti dalam erti kata yang sebenarnya," kata Sofyan dan menambah beliau berharap proses penyelarasan itu akan selesai dalam masa antara dua hingga tiga minggu.
"Sekarang ini kawal selia jadi terlalu mahal. Orang yang berniaga memerlukan banyak lesen."
Pada masa ini, pelabur asing perlu mendapatkan sejumlah permit daripada pelbagai jabatan termasuk lembaga pelaburan untuk kebenaran memulakan operasi. Mereka perlu ke beberapa kementerian untuk mendapatkan permit guna tanah, duti import dan eksport. Syarikat yang mahu meneroka carigali minyak pula memerlukan 289 permit, menurut agensi tenaga republik itu.
"Idea itu selalunya baik tetapi pelaksanannya sering ditentukan oleh pelan tindakan yang ditetapkan serta langkah konkrit yang mereka lakukan," kata Euben Paracuelles, seorang ahli ekonomi dari Nomura Holdings Inc. yang berpejabat di Singapura. Pusat sehenti memerlukan "penyelarasan yang mantap" antara kementerian-kementerian dan lembaga pelaburan, katanya.
Pelaburan langsung asing meningkat 16.9 peratus pada suku ketiga berbanding tempoh yang sama setahun yang lalu, kadar yang sama sejak tiga bulan lalu, menurut data daripada Lembaga Penyelarasan Pelaburan (BKPM). Jumlah keseluruhan pelaburan meningkat 19.3 peratus. Indonesia mencatatkan RM810 juta defisit perdagangan pada September, kejatuhan bulanan yang kelima pada tahun ini.
Indonesia perlu meningkatkan pengeluaran domestik untuk mengatasi defisit tersebut serta mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi 7 peratus yang disasarkan oleh Jokowi, kata Sofyan. Apa yang jadi keutamaan ialah meningkatkan saliran untuk menambah pengeluaran makanan dan kerajaan merancang menyemak semula belanjawan tahun depan bagi memberikan fokus yang lebih kepada infrastruktur luar bandar, katanya.
Jokowi memilih Sofyan, bekas menteri perusahan milik negara, untuk menyelaraskan 10 kementerian termasuk kewangan, perdagangan, kerja raya, perhutanan dan alam sekitar serta buruh. Beliau pernah jadi pesuruhjaya bebas di syarikat broker Trimegah Securities di Jakarta. Beliau juga mempunyai ijazah kedoktoran dari Tufts University di Massachusetts.
Sehari dalam pasukan Jokowi sama seperti setahun, katanya.
"Menteri datang dan pergi, sama seperti temujanji dengan doktor," kata Sofyan, merujuk kepada temujanji Jokowi. "Sekarang rasanya sudah seperti empat tahun. Bekerja begini sangat mencabar, sangat menarik."
Lebih daripada 10 peratus daripada belanjawan 2015 sekarang diperuntukkan untuk subsidi minyak, satu isu yang memerlukan pembaharuan segera, kata Sofyan.
Kerajaan akan menaikkan harga minyak yang ditampung dengan subsidi tidak lama lagi bagaimanapun belum menentukan kadarnya, tambah beliau.
Kerajaan akan menyalurkan penjimatan daripada subsidi minyak itu untuk meningkatkan subsidi kepada petani bagi membantu mereka membeli baja dan benih untuk mencapai mampu diri dalam makanan dalam masa tiga tahun, kata Jokowi pada Selasa.
"Tujuh puluh satu peratus rakyat yang menikmati subsidi adalah pengguna kelas menengah," kata Jokowi. "Inilah cabaran ekonomi kita pada masa depan."
Astro Awani
Wed Nov 05 2014
Indonesia buka pusat sehenti permit untuk mudahkan pelaburan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Jokowi telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara di Kalimantan Timur pada Jan 2025, kata Menteri Sistem Negara dan Reformasi Birokrasi.
Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa
Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara pada Isnin (19 Ogos).
Jokowi kenang tempoh jadi presiden selama sedekad dalam ucapan terakhir negara
Dalam ucapan terakhir Presiden Joko Widodo pada Jumaat, menandakan ulang tahun ke-79 kemerdekaan Indonesia, beliau mengenang kembali tempoh kepimpinannya selama sedekad.
Presiden Jokowi berusaha wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah
Presiden Jokowi bertekad memastikan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, menjadi sebuah bandar yang selamat dan bebas jenayah.
Muzik dimatikan, Anang kena 'ejek' satu stadium kacau kemenangan Indonesia
Penyanyi Anang dan pasangan, Ashanty berdepan situasi memalukan apabila muzik mereka dimatikan sewaktu membuat persembahan usai pasukan bola sepak Indonesia semasa perlawanan ke atas Filipina.
Pemilu 2024: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Prabowo
Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan.
Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
Pemilu 2024: Tunggu keputusan akhir KPU - Jokowi
Jokowi menggesa rakyat untuk menunggu keputusan akhir Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.
Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Pilpres 2024: Gibran agih susu percuma didakwa langgar peraturan kempen
Badan pemerhati pilihan raya Indonesia telah memanggil anak Presiden Joko Widodo atau Jokowi yang menjadi calon wakil presiden (cawapres).