Industri minyak: Labur dalam teknologi lebih jimat kos dan berinovasi - Najib

Najib Aroff
Mei 18, 2015 04:54 MYT
NAJIB: pembaharuan yang kita sudah lakukan, meletakkan kita pada kedudukan yang lebih baik untuk menangani kejutan luar. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Inovasi perlu menjadi teras dalam memacu pertumbuhan industri minyak dan gas untuk tempoh jangka panjang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata susulan daripada kejatuhan harga minyak mentah baru-baru ini ia adalah pemangkin dalam meningkatkan penggunaan inovasi di kalangan peserta industri.
Perdana Menteri memperakui bahawa penurunan harga minyak mentah memberi implikasi ke atas banyak kerajaan di seluruh dunia. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ini katanya akan menjadikan tenaga lebih murah dan lebih berdaya maju dari segi ekonomi dalam jangka panjang, sekali gus ia menarik apabila harga minyak kembali melantun tinggi.
Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapatama pada Sidang Minyak dan Gas Asia kali ke 18 pagi tadi.
#Asia #gas #minyak #Najib Razak