Jet perniagaan pertama Honda akan memulakan operasinya lebih awal dari tarikh jangkaannya iaitu pada tahun hadapan, kata syarikat dari Jepun itu dalam kenyataan akhbar hujung minggu lalu.

Pada Jumaat, pesawat HondaJet telah diterbangkan selama 84 minit di sekitar ibu pejabat Honda Aircraft, anak syarikat automobil penerbangan gergasi di Greensboro, North Carolina.

“Dengan penerbangan pertama ini, program HondaJet telah memasuki fasa menarik di mana kita sedang bersedia untuk memulakan operasi penghantaran” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Aircraft, Michimasa Fujino.

"Sambutan hari ini adalah kemuncak kepada usaha kejuruteraan dan produksi yang gigih dan ini adalah satu pencapaian penting dalam menghasilkan jet ringan paling maju di pasaran” kata Fujino lagi.

HondaJet itu kini dijual di Amerika Utara dan Eropah melalui rangkaian peniagaan HondaJet, menurut kenyataan itu.

Pesawat yang boleh memuatkan sehingga lima penumpang dalam konfigurasi standard itu boleh terbang pada kelajuan maksimum 777 kilometer sejam dan setinggi 13,106 meter.