Kerajaan Johor yakin dapat mencapai sasaran RM500 juta dalam pelaburan berasaskan bioteknologi tahun ini, kata Datuk Mohamed Khaled Nordin.
Menteri Besar Johor itu berkata setakat ini, negeri itu telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM430 juta dalam sektor tersebut.
Katanya, Johor mahu menyumbang kepada dasar yang ditetapkan kerajaan pusat dan menjadi pemain utama dalam sektor bioteknologi.
Jelas Mohamed Khalid, kerajaan Johor telah menyediakan pelbagai ekosistem dalam menyemarakkan lagi sektor bioteknologi termasuk melatih pekerja berkemahiran dan berkelayakan.
Antaranya termasuk J-Biotalent, program modal insan yang merupakan usaha perkongsian teknologi antara institut pengajian tinggi serta sektor korporat bagi memastikan syarikat yang melabur akan disokong oleh tenaga kerja tempatan.
"Kita perlu mempelbagaikan tumpuan pembangunan di Johor dan pertumbuhan bukan sahaja dalam sektor pembuatan atau pembangunan hartanah, tetapi dalam pelbagai sektor lain.
"Kita mengenalpasti keperluan untuk mewujudkan pelbagai peluang dan pekerjaan selain meningkatakn mutu hidup rakyat di Johor," katanya selepas merasmikan Pavilion Johor di Persidangan BioMalaysia dan Bioekonomi ASEAN 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Selasa.
Johor juga bakal menyaksikan pembukaan kawasan perindustrian bioteknologi pertama di negeri itu, Johor Biotech Park, dengan nilai pembangunan kasar 1 bilion ringgit susulan permeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara UM Land Bhd dan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech).
Dania Zainuddin
Wed Aug 19 2015
MOHAMED KHALED: Johor mahu menyumbang kepada dasar yang ditetapkan kerajaan pusat dan menjadi pemain utama dalam sektor bioteknologi.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Inovasi terkini bioteknologi pacu industri minyak kelapa sawit - MPOB
Inovasi terkini bioteknologi dapat memberi kesan positif kepada pengguna, penghasil dan pedagang minyak kelapa sawit negara.