Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Disember 2015 meningkat 2.7 peratus kepada 114.8 berbanding 111.8 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan.

Menurut jabatan itu, IHP yang lebih tinggi itu didorong oleh peningkatan dalam indeks kumpulan minuman alkohol dan tembakau (+22.8 peratus), restoran & hotels (+4.7 peratus), kesihatan (4.6 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (+4.6 peratus), dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+4.2 peratus).

"Lima kumpulan barangan dan perkhidmatan ini (wajaran 41.1) menyumbang 90.2 peratus kepada peningkatan dalam IHP bagi Disember 2015," katanya menerusi satu kenyataan.

Pada keseluruhannya, indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol (wajaran 69.7) meningkat 4.6 peratus pada asas tahunan pada December 2015, manakala indeks bukan makanan (wajaran 69.7) meningkat 1.8 peratus.

Menurut jabatan itu, berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, IHP Disember 2015 tidak berubah pada 114.8.

"IHP bagi tempoh Januari-Disember 2015 mencatatkan kenaikan 2.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Peningkatan itu didorong oleh kenaikan dalam kumpulan utama berwajaran tinggi iaitu makanan dan minuman bukan alkohol (+3.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.5 peratus)."

Jabatan itu juga berkata peningkatan juga direkodkan dalam minuman alkohol (+13.5 peratus), kesihatan (+4.5 peratus); restoran & hotel (+4.1 peratus), pelbagai barang dan perkhidmatan (+4.1 peratus).