KUALA LUMPUR: Pergerakan turun naik ringgit berbanding dolar AS tidak seharusnya dijadikan barometer bagi menentukan tahap kesihatan ekonomi Malaysia, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Beliau berkata penyusutan nilai ringgit disebabkan oleh pengukuhan dolar AS berikutan pengetatan agresif dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed), dan aliran menurun ini turut berlaku pada mata wang utama dan di peringkat serantau.
"Ia tidak bermakna ekonomi Malaysia lemah dan kita dalam krisis.
"Jika begitu, adalah sangat mudah untuk menggunakan kadar pertukaran mata wang sebagai barometer bagi menggambarkan kesihatan ekonomi tanpa melihat petunjuk-petunjuk lain," katanya pada sidang akhbar mengenai keputusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga di sini semalam.
Nor Shamsiah berkata setakat ini, ringgit telah menyusut sebanyak 11.2 peratus berbanding dolar AS, sejajar dengan trend serantau, sambil menambah prestasi ringgit juga perlu dinilai secara kolektif berbanding mata wang rakan perdagangan utama Malaysia.
Kadar pertukaran efektif nominal ringgit atau kadar pertukaran efektif nominal (NEER) merekodkan susut nilai yang lebih kecil sebanyak 2.0 peratus.
"Memandangkan risiko global yang berterusan dan hala tuju dasar monetari AS yang diunjurkan, kekuatan dolar AS mungkin berterusan untuk beberapa tempoh lagi.
"Memandangkan ketidaktentuan luaran ini semakin surut dengan perlahan, ringgit harus menyesuaikan diri untuk mencerminkan asas-asas ekonomi," katanya.
Gabenor bank pusat itu menambah, pembaharuan struktur yang tegas juga akan meningkatkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan Malaysia, yang akhirnya akan menyokong peningkatan sebenar dalam kadar pertukaran.
Beliau menyatakan bahawa KDNK telah berkembang selama empat suku berturut-turut sejak suku ketiga 2021, dengan kadar pengangguran terus menurun selama 14 bulan berturut-turut kepada 3.6 peratus pada September daripada 4.8 peratus pada Julai 2021.
Prestasi kewangan syarikat dan perniagaan juga kekal sihat dan orang ramai terus berbelanja, manakala petunjuk seperti jualan runcit dan kereta telah melebihi tahap prapandemik.
Sistem perbankan kekal berdaya tahan dan pertumbuhan pembiayaan pula kekal menyokong aktiviti ekonomi, tambah beliau.
"Ini jelas sekali yang Malaysia tidak berada dalam krisis ekonomi. Walaupun begitu, kita akui masih terdapat beberapa bahagian ekonomi kita yang masih belum kembali kepada tahap prapandemik," katanya.
Impak kejatuhan nilai ringgit
Nor Shamsiah Yunus berkata kejatuhan nilai ringgit akan memberi kesan kepada kos import, tetapi beliau memberi jaminan bahawa hanya 8.0 peratus daripada import adalah barangan pengguna.
Namun impak susut nilai ringgit ke atas inflasi mungkin lebih tinggi dalam tempoh semasa kerana persekitaran kos yang tinggi masih berpanjangan, tambah beliau.
Kadar pertukaran juga cenderung lebih kukuh untuk barangan makanan segar yang diimport secara langsung, seperti daging lembu, walaupun item ini mempunyai kesan yang agak kecil dalam bakul indeks harga pengguna (IHP), katanya.
"Selain kadar pertukaran mata wang, harga makanan juga dipengaruhi oleh faktor global dan domestik lain yang lebih dominan, seperti bahan mentah, logistik, dan kos buruh.
"Harga komoditi global yang sederhana baru-baru ini telah membantu mengurangkan kos input dan mengimbangi kesan susut nilai tukaran mata wang terhadap harga makanan. Ini menyumbang kepada momentum yang rendah dalam inflasi makanan bagi beberapa bulan kebelakangan ini," katanya.
Namun begitu, beliau berkata memandangkan persekitaran kos masih tidak menentu, harga pengguna boleh kekal tinggi walaupun terdapat trend penurunan harga komoditi global.
Faktor luaran kekal terurus
Gabenor bank pusat itu berkata penyusutan nilai ringgit berbanding dolar AS telah membawa kepada nilai aset mata wang asing yang lebih tinggi, memberi sokongan kepada kedudukan luar Malaysia.
Beliau berkata risiko daripada hutang luar negara dalam mata wang asing sebahagian besarnya dapat dikawal, kerana kira-kira 68 peratus daripada hutang sama ada tertakluk kepada perlindungan yang berhemat atau mengikut terma-terma yang fleksibel.
"Sebagai contoh, sehingga akhir September 2022, hutang luar bank dalam negeri menyumbang hanya 7.7 peratus daripada jumlah pembiayaan. Bank perlu mematuhi piawaian berhemat pengurusan kecairan.
"Selain itu, aset kecairan mata wang asing yang cukup besar adalah mencukupi untuk menampung sehingga 2.6 kali ganda hutang luar negeri dalam mata wang asing berisiko yang lebih terdedah kepada risiko pengeluaran dan pusing ganti," katanya.
Aset luar mata wang asing Malaysia kekal besar dan mencukupi untuk menampung sehingga 2.1 kali liabiliti luar mata wang asing.
Pada masa ini, 31.5 peratus daripada hutang luar negeri korporat adalah dalam bentuk pinjaman dalam kumpulan, yang secara amnya mengikut terma fleksibel dan konsesi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022
Nor Shamsiah berkata setakat ini, ringgit telah menyusut sebanyak 11.2 peratus berbanding dolar AS, sejajar dengan trend serantau. -Gambar fail
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi
Gabenor BNM yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, bukan orang baharu dalam badan berkanun itu.
Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour adalah calon yang tepat dan paling sesuai untuk menjadi peneraju bank pusat negara, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu , Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuatkuasa 1 Julai depan sehingga 30 Jun 2028.
Gabenor BNM: Dasar Monetari adalah langkah berjaga-jaga, bukan terburu-buru
Nor Shamsiah berkata, mandat BNM adalah untuk mengekalkan kestabilan harga yang kondusif kepada pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia.
Pinjaman tahap 2 susut lima peratus pada suku pertama - Gabenor BNM
Pinjaman tahap 2 di Malaysia telah bertambah baik pada suku pertama 2023, menyusut kepada 5.0 peratus apabila lebih ramai peminjam berjaya beralih daripada program bantuan pembayaran balik.
Gabenor Bank Negara nafi kenaikan OPR sebabkan peningkatan kebankrapan
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.
Kontrak Gabenor BNM: 'Pengumuman rasmi akan dibuat' - Shamsiah
Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan pada 15 Jun 2018.
Kenaikan OPR: Mana lagi kejam kalau inflasi naik mendadak? - Gabenor BNM
Nor Shamsiah menegaskan keputusan tersebut dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak, yang sekali gus akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna.
KDNK suku pertama 2023 berkembang sederhana pada 5.6%
Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, risiko terhadap prospek pertumbuhan Malaysia secara relatif adalah seimbang.
Kenaikan OPR: 'Tak terlalu cepat, tak terlalu lambat' - Gabenor BNM
Nor Shamsiah berkata perbincangan mengenai keputusan kadar terletak pada kesan kenaikan kumulatif OPR yang lalu.