SINGAPURA:Ekonomi Singapura menguncup 5.8 peratus untuk sepanjang 2020, demikian menurut anggaran awal yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu hari ini.
Pada 23 Nov, MTI mengumumkan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura dijangka pada "-6.5 hingga -6.0 peratus" pada 2020 dan "+4.0 hingga +6.0 peratus" pada 2021.
Dalam kenyataan hari ini, MTI berkata ekonomi republik itu menguncup sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun bagi suku keempat 2020, naik berbanding penguncupan 5.6 peratus pada suku ketiga.
Katanya, berdasarkan suku ke suku yang diselaraskan secara bermusim, ekonomi tumbuh 2.1 peratus, diikuti pengembangan 9.5 peratus pada suku ketiga.
MTI berkata pertumbuhan KDNK yang kukuh itu dapat dilihat pada suku ketiga selepas aktiviti dimulakan kembali secara berperingkat berikutan pelaksanaan had pemutus atau "Circuit Breaker" selama lapan minggu sejak 7 April tahun lepas.
Peningkatan semula aktiviti di negara-negara utama dalam suku itu selepas mereka menamatkan sekatan perjalanan turut menjadi satu lagi faktor penyumbang.
Anggaran awal itu sebahagian besarnya dihitung daripada data dua bulan pertama pada suku itu iaitu Oktober dan November.
Mengenai prestasi sektor, MTI berkata sektor pembuatan berkembang 9.5 peratus berasaskan tahun ke tahun pada suku keempat, meneruskan pertumbuhan 10.8 peratus pada suku sebelumnya.
"Pertumbuhan sektor ini didorong terutamanya oleh pengembangan output kluster elektronik, pembuatan bioperubatan dan kejuruteraan ketepatan yang melebihi penurunan output kluster kejuruteraan pengangkutan dan pembuatan umum," katanya.
Bagaimanapun sektor pembuatan menguncup 28.5 peratus tahun ke tahun pada suku keempat, meningkat daripada penguncupan 46.2 peratus pada suku sebelum itu.
"Peningkatan prestasi sektor itu disokong oleh pembukaan semula lebih banyak aktiviti ekonomi dalam suku keempat berbanding suku sebelumnya," kata kementerian itu.
Dalam kalangan sektor perkhidmatan, MTI berkata sektor perdagangan borong dan runcit dan pengangkutan dan penyimpanan berkurangan 11.0 peratus pada suku keempat, sederhana berbanding penurunan 11.9 peratus pada suku sebelum itu.
Prestasi kumpulan sektor ini dijejaskan oleh segmen berkaitan perdagangan seperti perdagangan borong dan pengangkutan air yang merosot akibat permintaan luaran yang lembap kerana negara-negara utama di seluruh dunia terus menghadapi pandemik COVID-19.
Segmen lain berkaitan perdagangan seperti pengangkutan udara turut merosot akibat sekatan perjalanan global yang berterusan dan permintaan perjalanan yang berkurangan, katanya.
Sementara itu, sektor maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans dan perkhidmatan profesional naik 0.2 peratus daripada penguncupan 0.2 peratus pada suku ketiga.
Sektor perkhidmatan lain seperti perkhidmatan penginapan dan makanan, hartanah, perkhidmatan pentadbiran dan sokongan dan industri perkhidmatan lain -- turun 9.9 peratus, naik berbanding penurunan 13.5 peratus pada suku ketiga.
Dalam kumpulan itu, segmen penginapan terus menguncup akibat permintaan yang lemah dalam aktiviti pelancongan.
Prestasi segmen perkhidmatan makanan dan industri perkhidmatan lain -- seni, hiburan dan rekreasi dan segmen-segmen "lain" turut terjejas akibat kekangan yang wujud susulan langkah pengurusan keselamatan, katanya.
MTI akan mengeluarkan anggaran awal KDNK bagi suku keempat dan seluruh 2020 termasuk prestasi mengikut sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, pekerjaan dan produktiviti menerusi Tinjauan Ekonomi Singapura pada Februari 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
MTI akan mengeluarkan anggaran awal KDNK bagi suku keempat dan seluruh 2020 termasuk prestasi mengikut sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, pekerjaan dan produktiviti menerusi Tinjauan Ekonomi Singapura pada Februari 2021. - Gambar fail
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Putin luluskan belanjawan persekutuan untuk 2025-2027
Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan belanjawan persekutuan bagi 2025 serta tempoh yang dirancang untuk 2026-2027.
Saham perbankan seret turun Bursa Malaysia ke paras bawah 1,600
Penurunan saham wajaran tinggi perbankan menjejaskan Bursa Malaysia sehingga menyeret turun indeks di bawah paras penting 1,600 mata.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.