KUALA NERANG: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah membina 5,173 buah rumah untuk golongan miskin di negeri ini sejak penubuhannya lebih 40 tahun lepas.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,311 rumah telah didirikan di 14 kampung tradisional manakala 3,862 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dibina di 44 kampung di bawah Desa KEDA.
"Pembinaan rumah-rumah tersebut dibuat secara penempatan berkelompok dalam satu kawasan supaya dapat memudahkan penyaluran bantuan dan lain-lain kemudahan sosial bagi mencapai keharmonian dan perpaduan.
"Projek pembangunan rumah kampung seperti ini telah dilaksanakan oleh KEDA sejak Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) lagi dan sehingga kini masih diteruskan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Taman Desa Pudina, Projek Pemajuan Kawasan Kubang Kenyeng di sini semalam.
Menurut Mahdzir, seramai 23,775 orang golongan miskin telah menerima manfaat sejak program bantuan perumahan KEDA itu dilaksanakan menerusi RMK-4.
Mengulas mengenai projek pembinaan perumahan Taman Desa Pudina, Mahdzir berkata sejumlah 60 rumah dibina pada 2017 membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM9.5 juta.
"Taman Desa Pudina ini adalah projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang bertujuan membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin luar bandar," katanya.
Beliau berkata Taman Desa Pudina adalah lambang kejayaan projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang dilaksanakan oleh KEDA dengan membangunkan penempatan baharu dilengkapi kemudahan asas dan kondusif.
"Ia bertepatan dengan misi kementerian yang berusaha memanfaat sepenuhnya sumber manusia dan ekonomi serta membangunkan kawasan luar bandar bagi mewujudkan persekitaran sosioekonomi yang lebih berdaya maju, sejajar dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Mahdzir menyerahkan replika kunci rumah kepada seorang penduduk pada Majlis Perasmian Taman Desa Pudina di Kubang Kenyeng, Kuala Nerang, 13 Feb 2022. --fotoBERNAMA
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023
Peruntukan itu membabitkan pembinaan rumah sampah, pembelian tong roro, pendedahan serta latihan kepada penduduk di 12 Desa KEDA.
KKDW fokus baik pulih, bina baharu rumah uzur di Kedah
Beberapa kawasan penempatan yang mempunyai rumah daif dan rumah uzur di bawah tanggungjawab KKDW telah pun dikenal pasti, namun kementerian masih menunggu senarai lengkap daripada KEDA.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina rumah baharu bagi 17 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di Kupang, 4 Julai lepas.
KEDA bina 5,173 unit rumah untuk golongan miskin sejak RMK-4
Daripada jumlah itu, 1,311 rumah didirikan di 14 kampung tradisional, 3,862 rumah PPRT di 44 kampung di bawah Desa KEDA.
MB Kedah sedia jadi orang pertama terima suntikan vaksin COVID-19
Menurut Sanusi, pimpinan lain turut perlu bersedia menerima suntikan vaksin COVID-19 agar orang ramai tidak merasa takut.
Banjir di Kedah beransur pulih
Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di empat daerah di Kedah menurun kepada 325 orang membabitkan 73 keluarga berbanding semalam yang melibatkan 83 keluarga.