KUALA LUMPUR: Saham Serba Dinamik Holdings Bhd. yang kembali didagangkan pagi ini, merudum sehingga 60 peratus setelah digantung Bursa Malaysia sejak 22 Oktober 2021.  

Setakat 10.03 pagi ini, harga sahamnya susut 21 sen kepada 14 sen dengan 337.11 juta saham diniagakan. Bursa Malaysia Securities Bhd.

Dalam kenyataannya pagi ini berkata, urus niaga harian proprietari (PDT) dan jualan singkat intra hari (IDSS) sekuriti Serba Dinamik digantung untuk baki hari Isnin (9 Mei). 

"Penggantungan itu disebabkan harga terakhir dilakukan bagi sekuriti yang diluluskan jatuh lebih daripada 15 peratus daripada harga rujukan.

 "Jualan singkat di bawah PDT dan IDSS akan kembali diaktifkan pada hari dagangan seterusnya, pada Selasa, 10 Mei, pukul 8.30 pagi," katanya. 

Sebelum ini, penggantungan kaunter dengan kod 5279 SerbaD adalah rentetan daripada tindakan perundangan yang dikenakan terhadap Serba Dinamik dan empat pegawai kanannya (termasuk Abdul Karim) dengan kemuncaknya pendakwaan di mahkamah, kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) pada Disember 2021.  

Saham Serba Dinamik kali terakhir didagangkan pada 35 sen ketika kaunter digantung pada tengah hari 22 Oktober 2021, memberikan syarikat itu permodalan pasaran sebanyak RM1.3 bilion.

* Artikel asal disiarkan di