KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memperuntukkan sebanyak RM1. 7 bilion bagi program jangka pendek (MySTEP) 2022 dengan sasaran penciptaan 80,000 pekerjaan pada tahun ini.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pekerjaan tersebut boleh dimohon secara dalam talian di laman web http://www.mystep.mof.gov.my/.
"Oleh itu, saya berharap pencari kerja akan memanfaatkan segala peluang yang ada melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia, sama ada di Karnival ini atau secara dalam talian melalui portal MyFutureJobs; MySTEP dan UpSkillMalaysia," katanya dalam ucapan beliau pada Majlis Pelancaran Kempen JaminKerja Keluarga Malaysia yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, semalam.
MySTEP adalah antara komponen di bawah inisiatif JaminKerja yang merupakan program pekerjaan jangka pendek secara kontrak di sektor awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan dikelolakan oleh Agensi LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan berjaya menempatkan 63,221 graduan pada tahun 2021 dengan 66 peratus ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan manakala 34 peratus lagi di GLC.
"Saya yakin kerajaan akan dapat mengulangi semula kejayaan tahun lalu di mana pencapaian telah melebihi sasaran.
"Hampir 560,000 peluang pekerjaan berjaya dicipta, berbanding sasaran awal iaitu 500,000 bagi tahun 2021," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata menurut laporan terkini yang diterbitkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa, kadar pengangguran global dijangka kekal di tahap 207 juta orang pada tahun ini,berbanding 186 juta orang pada 2019.
"Sekiranya tidak ditangani, ia akan memperdalamkan jurang pendapatan di seluruh dunia termasuk Malaysia, dan akan melemahkan struktur ekonomi, kewangan dan sosial negara," katanya.
Justeru, katanya, dasar-dasar kerajaan yang dirangka adalah bertujuan untuk mengelakkan kesan jangka panjang terhadap pasaran buruh, pendapatan isi rumah, dan perpaduan sosial.
Menurutnya, Bajet 2022 yang dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) akan meletakkan ekonomi negara di landasan yang kukuh supaya kita dapat membina semula ekonomi dengan lebih baik dan lebih berdaya tahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
Tengku Zafrul ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 19 Feb 2022. --fotoBERNAMA
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Kementerian Kewangan peruntuk RM1.7 bilion bagi program MySTEP 2022 - Tengku Zafrul
Kerajaan berjaya menempatkan 63,221 graduan pada 2021 dengan 66 peratus di kementerian/agensi kerajaan dan selebihnya di GLC.