SHAH ALAM : Kementerian Kewangan akan segera melaksanakan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemberian kredit e-tunai RM100 kepada rakyat terutamanya golongan B40 dan M40.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, maklumat lanjut mengenai pemberian itu akan diumumkan dari semasa ke semasa dalam tempoh terdekat.
“Kita bersedia untuk meneruskan pemberian e-tunai RM100 kepada 10 juta rakyat yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun iaitu mereka dalam kategori B40 dan M40.
"Ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk melatih rakyat berhadapan dengan cashless society (masyarakat tanpa tunai) yang menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan.
“Bagi sesetengah orang, RM100 mungkin nampak kecil tetapi konsep ini penting untuk mendidik rakyat demi ekonomi masa depan," katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian MOU Aplikasi Lulus bersama CTOS Berhad dan Celcom Digi Berhad pada Khamis.
Tambah Ahmad, kementerian juga bersedia untuk melaksanakan bantuan khas kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah sebanyak RM300 serta RM200 kepada pesara kerajaan.
Ujarnya, ia adalah satu usaha untuk membantu rakyat dalam meningkatkan masa depan ekonomi setempat.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi individu terutama warga emas yang tidak mempunyai aplikasi e-tunai perlu dibantu oleh ahli keluarga atau pemimpin setempat di kawasan tempat tinggal mereka.
“Anak-anak mereka (warga emas) boleh memberi tunjuk ajar, begitu juga dengan kepimpinan setempat yang perlu membantu rakyat tidak celik teknologi informasi (IT) untuk mendalami era ekonomi digital ini,” jelas beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 28 2023
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, maklumat lanjut mengenai pemberian itu akan diumumkan dari semasa ke semasa dalam tempoh terdekat. - Gambar fail
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Bantuan Awal Persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Hampir 130,000 pesawah terima bantuan tunai menerusi insentif pembajakan, penuaian
KPKM berkata, pada 27 lepas kementerian telah menaikkan kadar insentif pembajakan dan memperkenalkan insentif penuaian.
BUDI MADANI: Lebih 30,000 pemohon terima bantuan tunai RM200 Isnin ini
Kementerian Kewangan berkata, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Peningkatan bayaran STR diharap ringankan beban rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap peningkatan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ketara pada tahun ini dapat meringankan beban rakyat.
KPDN perkemas bantuan pemindahan tunai, galak rakyat daftar PADU - Armizan
KPDN perkemas bantuan pemindahan tunai, galak rakyat daftar PADU - Armizan
Selangor umum Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam
Selangor memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kali Ketiga sebanyak setengah bulan gaji, dengan minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri.
MamaKerja: Selangor beri insentif RM1,000 kepada ibu bekerja
Seramai 5,000 ibu bekerja yang layak di Selangor boleh memohon Insentif Penjagaan Anak Bagi Wanita Bekerja (MamaKerja) mulai 1 Nov ini untuk menikmati RM1,000 secara sekali bayar.