KUALA LUMPUR: Tempoh kenaikan harga minyak mentah yang lebih lam sehingga melebihi paras semasa akan menyebabkan kemusnahan permintaan dan mungkin mempercepat pelaburan dalam sumber tenaga alternatif, menurut Moody's Analytics.
Kemusnahan permintaan adalah penurunan yang kekal pada keluk permintaan, dengan pergerakan permintaan terhadap komoditi terus menyusut, disebabkan oleh tempoh harga tinggi yang berpanjangan atau bekalan terhad.
Ketua Ahli Ekonomi Asia Pasifik Moody's Analytics, Steve Cochrane berkata, kenaikan harga minyak mentah global pada masa ini adalah disebabkan premium risiko yang memuncak ekoran ketidaktentuan bekalan.
Premium risiko merupakan pulangan lebihan yang melampaui kadar bebas risiko. Ia diperlukan oleh pelabur sebagai pampasan setelah tahap risiko bagi pelaburannya meningkat.
"Bagaimanapun, bekalan sebenar tidak terganggu. Sekatan antarabangsa ke atas beberapa bank Rusia daripada sistem SWIFT (Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication) tidak diperluas kepada bank-bank terbesar di Rusia yang menguruskan kebanyakan transaksi untuk industri tenaga negara itu.
"Kami menjangkakan jika krisis ketenteraan terbabit tidak melangkaui sempadan Ukraine, sekatan tersebut tidak akan diperluaskan kepada bank-bank Rusia yang lain," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata seandainya wujud beberapa resolusi dalam beberapa minggu akan datang selain secara jelas minyak dan gas akan terus dibekalkan dari Rusia, maka premium risiko akan berkurangan.
Harga komoditi itu pula dijangka kembali kepada paras sebelum berlakunya pencerobohan berkenaan, katanya.
"Sekiranya senario ini berlaku, kenaikan harga minyak mentah tidak akan bertahan cukup lama untuk menyebabkan kemusnahan permintaan secara lebih buruk ke atas minyak mentah, dan sebarang inflasi yang lebih tinggi juga akan menjadi sederhana dan berjangka pendek," katanya.
Cochrane berkata harga minyak mentah Brent dijangka mencecah purata US$92 (US$1=RM4.17) setong pada suku kedua 2022 susulan jangkaan ketidaktentuan berterusan dalam sektor tenaga.
Bagi suku pertama tahun ini, harga purata minyak mentah diunjurkan pada US$94 setong, selepas memulakan suku ini pada US$79 setong.
Pada 5 Mac, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sedang mempertimbangkan sekatan import ke atas minyak mentah Rusia berikutan krisis Rusia-Ukraine yang berlarutan.
Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global melonjak 6.93 peratus kepada US$119.10 setong, manakala minyak mentah West Texas Intermediate AS meningkat 7.44 peratus kepada US$115.70 setong.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Ketua Ahli Ekonomi Asia Pasifik Moody's Analytics, Steve Cochrane berkata, kenaikan harga minyak mentah global pada masa ini adalah disebabkan premium risiko yang memuncak ekoran ketidaktentuan bekalan. - EPA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pengeluaran minyak mentah, kondensat susut kepada 41.8 juta tong suku ketiga 2024
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat berjumlah 41.8 juta tong pada suku ketiga 2024, menyusut sebanyak 8.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia meningkat semula kepada pertumbuhan 1.3 peratus, mencatatkan 46.1 juta tong pada suku kedua 2024.
Harga minyak menurun kerana harapan gencatan senjata di Asia Barat meningkat, permintaan China melemah
Tinjauan permintaan yang positif di AS, yang disokong oleh data inventori yang menyokong dari EIA, mengurangkan penurunan selanjutnya.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah sedikit hari ini dalam persekitaran aliran bercampur-campur pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan prestasi kukuh pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran penyusutannya pada Jumaat, diheret turun oleh prestasi niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah ditutup tinggi seiring prestasi serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur melantun semula untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, terutamanya Shanghai dan Jepun.
Pasaran getah ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 809 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 783.5 sen sekilogram.
Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.