PUTRAJAYA: Pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada masa ini untuk pembelian kenderaan yang mula diumumkan pada 5 Jun 2020 dan dijangka berakhir pada 30 Jun 2022 telah menyebabkan kehilangan hasil sebanyak RM4.8 bilion setakat ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengecualian SST telah dilanjutkan sebanyak tiga kali dan kementerian kini sedang mengkaji impaknya dan mempertimbangkan tindakan seterusnya.
"Kehilangan hasil sebanyak RM4.8 bilion adalah jumlah yang besar yang boleh digunakan untuk disalurkan membantu rakyat untuk keperluan mereka.
"Kami perlu mengkaji dengan teliti perkara itu. Jika kami memutuskan untuk melanjutkan tiga bulan lagi, kami akan kehilangan sekurang-kurangnya RM1.2 bilion dan jika kami melanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi, kami akan kehilangan kira-kira RM2.5 bilion," katanya kepada pemberita di luar acara Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) untuk melancarkan pelan hala tuju strategik 2022 hingga 2026 di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga memerlukan lebih banyak hasil untuk menyediakan lebih banyak subsidi kepada rakyat bagi mengekang inflasi.
Mengenai kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas oleh Rizab Persekutuan pada Rabu, katanya ia telah dijangka dan kenaikan itu telah diambil kira oleh pasaran berikutan inflasi di Amerika Syarikat (AS) agak tinggi melebihi lapan peratus.
"Sebarang langkah oleh negara-negara maju seperti AS, Eropah dan China ternyata akan memberi impak global dan Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali.
"Jangkaan pada masa ini ialah ekonomi AS masih akan berkembang tetapi dijangka perlahan. Bagaimanapun, kami akan terus memantau impak daripada perkembangan ini terhadap ekonomi Malaysia," katanya.
Beliau berkata kadar faedah Malaysia masih rendah, justeru perlu mempertimbangkan keperluan campur tangan monetari dan fiskal untuk melindungi rakyat daripada kesan inflasi yang tinggi.
Tengku Zafrul berkata walaupun langkah ekonomi global akan memberi impak, asas ekonomi Malaysia masih kukuh untuk mengurangkan impaknya.
Mengenai pergerakan ringgit berikutan kenaikan kadar faedah AS, katanya ringgit bagaimanapun mengukuh semalam.
"Pergerakan ringgit bergantung kepada aliran masuk dan aliran keluar, bagaimanapun kami tidak terlalu bimbang mengenainya. Kenaikan kadar AS bukan hanya menjejaskan ringgit tetapi juga mata wang lain.
"Insya-Allah, seperti yang kita lihat, ringgit mengukuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengecualian SST telah dilanjutkan sebanyak tiga kali dan kementerian kini sedang mengkaji impaknya dan mempertimbangkan tindakan seterusnya. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Op Pantau: Lebih 1,800 premis diperiksa di Terengganu
KPDN Terengganu menerusi Op Pantau, telah memeriksa 1,806 premis di seluruh Terengganu, bermula 12 Mac.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.
Kesan kenaikan SST, pendaftaran PADU antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kesan kenaikan cukai SST ke 8% kepada kos sara hidup rakyat, serta pendaftaran PADU, antara yang jadi tumpuan dalam Dewan Rakyat hari ini.
Ops Kesan: 7,527 premis diperiksa, 409 notis dikeluarkan - Armizan
Menerusi Ops Kesan itu juga 409 notis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk tindakan selanjutnya dan 25 aduan telah diterima pihaknya setakat ini.
Kadar baharu SST: Peniaga berperanan tentukan harga - Pakar
Pemerhatian mendapati ada peningkatan harga namun tidak melibatkan semua jenis barang.
Shopee tingkat caj yuran komisen penjual - naik hingga sekali ganda
Shopee menyatakan yuran ini akan dikenakan pada kedai yang telah beroperasi lebih 120 hari sahaja.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Spritzer berdepan tekanan kos akibat cukai perkhidmatan 8% - MIDF Research
MIDF Research bimbang kemungkinan tekanan inflasi ke atas perbelanjaan operasi Spritzer Berhad yang disebabkan peningkatan harga daripada pembekal akibat cukai perkhidmatan yang lebih tinggi.
SST menyebabkan perbelanjaan rakyat Sabah lebih tinggi - CAPS
Kenaikan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus telah menyebabkan perbelanjaan harian rakyat Sabah lebih tinggi.
Kerajaan perlu bentang Blueprint Social Safety Net Policy - Khairil Nizam
Kerajaan dicadangkan agar membentangkan Blueprint Social Safety Net Policy yang lebih komprehensif agar dapat menjamin kehidupan rakyat.