BALIK PULAU: Kerajaan negeri digesa menjalin kerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk memperkemas dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan zon dan taman perindustrian di negeri masing-masing.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata langkah itu untuk menarik pelaburan baharu dari luar negara ke negeri-negeri berkenaan sebagai usaha memberi manfaat kepada semua rakyat.
"Usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah membawa masuk pelaburan ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan kita tidak mahu kesenjangan pertumbuhan ekonomi yang hanya tertumpu di Lembah Klang dan negeri tertentu sahaja.
"Kami mahu negeri-negeri lain seperti Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak turut dapat menikmati pembangunan.
"Oleh itu, kita mahu kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf infrastruktur serta pembangunan zon dan taman perindustrian mereka," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Pusat Inkubator Kraf Balik Pulau di sini. Turut hadir Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman.
Mohamed Azmin berkata pada tahun lepas, Kedah mencatatkan prestasi luar biasa dari segi pelaburan di negeri itu.
Katanya ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada anak-anak Kedah untuk mendapat pekerjaan dan tidak perlu berhijrah ke negeri atau daerah lain.
"Kami di MITI turut melakukan perkara sama pada tahun sebelumnya iaitu pelaburan dari Korea Selatan di Kota Kinabalu Industrial Park yang memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah untuk mendapat pekerjaan yang berkualiti.
"Sebenarnya inilah peranan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan MITI untuk memastikan pembangunan dan pelaburan itu dapat disebar luas ke semua negeri supaya matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama dapat dicapai dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Mohamed Azmin (kiri) mencanting batik semasa membuat lawatan ke Pusat Inkubator Kraf Balik Pulau di Balik Pulau, 20 Jun 2022. --fotoBERNAMA
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).