KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor memperuntukkan RM1.5 juta bagi membantu koperasi kecil dan mikro dalam usaha untuk memulakan semula aktiviti perniagaan tahun ini.
Ia susulan perkembangan dan pencapaian koperasi di negeri itu yang kekal relevan dan terus mendapat kepercayaan kerajaan negeri.
Menurut Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor, Fadilah Salim, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) yang merupakan agensi kerajaan negeri turut menyediakan geran kepada koperasi melalui Program Pembangunan Ekonomi Setempat bagi membiayai projek berdaya maju dan bermanfaat kepada komuniti setempat.
“Perkembangan dan pembangunan koperasi di Johor turut mendapat sokongan dan kepercayaan menerusi pelbagai program penyelarasan bersama agensi lain seperti Felcra Berhad (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
“Berdasarkan sokongan yang diberikan kerajaan negeri dan agensi lain ini terbukti koperasi di negeri ini mampu memainkan berperanan besar kepada anggotanya bahkan menjadi pemangkin menerusi perkongsian kemakmuran bersama rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Jelasnya lagi, SKM negeri bertekad untuk membawa perubahan bagi memastikan koperasi dapat beri manfaat kepada ahli dan komuniti setempat.
Katanya, perancangan itu juga selari dengan hasrat SKM dalam memacukan pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing sekaligus memberi manfaat kepada sosioekonomi rakyat selari dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKoM) yang dilancarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
“Sasaran tahun ini adalah untuk meluaskan lagi skala operasi dan aktiviti ekonomi seperti pembabitan dalam sektor pertanian moden seperti fertigasi memandangkan Johor mempunyai modal tanah yang besar.
“Gabungan aktiviti antara koperasi dan agensi lain juga dapat membuka peluang untuk mewujudkan hub pertanian moden dan memberi pulangan lumayan apabila pintu sempadan dibuka kelak selain segmen ekonomi pembangunan hartanah yang sedia ada,” katanya.
Menyentuh tentang pencapaian koperasi di negeri itu, katanya 10 koperasi Johor terpilih bagi Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2021 bahkan SKM Negeri Johor telah menerbitkan buku 50 Koperasi Terbaik Johor sejak 2016.
Pada masa sama ujarnya, SKM negeri memainkan peranan penting sebagai pelaksana untuk merangsang pembangunan koperasi melalui penglibatan dalam sektor ekonomi bernilai tinggi serta memantapkan keupayaan dan kebolehan koperasi.
Astro Awani
Thu Mar 24 2022
Ia susulan perkembangan dan pencapaian koperasi di negeri itu yang kekal relevan dan terus mendapat kepercayaan kerajaan negeri. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Koperasi sediakan khidmat kewangan berpatutan, ikut peraturan - Angkasa
Koperasi di Malaysia memainkan peranan besar dalam membantu meningkatkan taraf hidup penjawat awam dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berpatutan.
Koperasi “godaan baharu” penjawat awam buat hutang, tingkat risiko muflis
Isu penjawat awam muflis atau berada dalam kebankrapan bukan perkara baharu, namun sejak beberapa tahun ini masalah itu dilihat semakin membimbangkan.
21 peratus rakyat Malaysia sertai koperasi tahun lepas - Ewon
Sumbangan gerakan koperasi melalui pengumpulan modal syer dan yuran adalah RM17.45 bilion dan penjanaan aset pula berjumlah RM165.9 bilion.
Inisiatif tingkat kesedaran berkoperasi dalam masyarakat diperluaskan - Ewon
Inisiatif meningkatkan kesedaran berkoperasi dalam kalangan masyarakat akan diperluaskan ke seluruh negara menerusi penganjuran MASKOP.
Kerajaan umum RM6 juta peruntukan tambahan untuk bangunkan koperasi
Dana itu akan disalurkan melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang akan melibatkan pelbagai inisiatif.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Angkasa cadang koperasi teroka bidang pertanian berimpak tinggi
Antara pertanian berimpak tinggi yang boleh diteroka termasuk durian, vanila dan buah koko yang kini mendapat permintaan tinggi di peringkat global.
Kerjasama antara koperasi cipta peluang pendapatan kepada usahawan kecil - Ewon
Ia juga selaras dengan usaha kementerian itu membangunkan jaringan komunikasi antara pengusaha mikro, kecil dan sederhana.
Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon
Gerakan koperasi negara membangun pesat hasil kerjasama erat KUSKOP dengan pelbagai agensi antaranya SKM, IKMa dan ANGKASA.