Berita bahawa Geely Automobile Holdings Ltd dari China menjadi rakan kongsi strategik asing (FSP) Proton memberi prospek yang baik kepada Malaysia susulan kerjasama tersebut akan meletakkan pengeluar kereta nasional itu pada landasan yang kukuh ke arah pertumbuhan pada masa akan datang.
Ini memandangkan Geely mempunyai rekod prestasi yang telah terbukti dalam menyelamatkan pengeluar kereta dari Sweden yang terkenal, Volvo, yang dibelinya pada 2010, dan jualan jenama Sweden itu melebihi paras setengah juta dalam tempoh lima tahun.
Geely boleh melakukan perkara yang sama ke atas Proton, terutamanya dalam memaksimumkan kapasiti kilang pengeluarannya di Tanjung Malim, selain mendorong jenama Proton ke pasaran global dan serantau secara besar-besaran, kata penganalisis.
Pakar Geo Strategi, Dr Azmi Hassan, melahirkan keyakinan bahawa Proton selepas ini akan berada di landasan pertumbuhan yang meningkat, berdasarkan pencapaian Geely dalam memulihkan Volvo dan menyasarkan jualan sebanyak sejuta unit pada 2017.
Geely, yang memiliki 100 peratus ekuiti dalam Volvo, turut memiliki sepenuhnya London Taxi Company yang ikonik.
"Apa yang Geely lakukan dengan pemulihan Volvo, ia akan melakukan perkara yang sama ke atas Proton (dan) kerjasama Proton-Geely bukan sahaja akan menjadi situasi ''menang-menang'' kepada kedua-dua pihak tetapi juga kepada Malaysia," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai berita bahawa Geely akan menjadi FSP kepada Proton.
"Sebab Geely membeli Proton, satu-satunya pengeluar kereta lengkap di Asean adalah untuk mengembangkan operasinya di rantau ini," katanya.
Kesungguhan syarikat induk Proton, DRB-Hicom mencari FSP adalah untuk memulihkan pengeluar kereta nasional itu bagi memastikan pertumbuhan masa depannya.
Semalam, DRB-Hicom meminta penggantungan sahamnya di Bursa Malaysia. Ia ditutup pada RM1.68, sementara menunggu pengumuman penting.
Beliau berkata Proton tidak perlu lagi menumpukan kepada pasaran domestik, tetapi berkembang di Asia Tenggara dan di peringkat global melalui modal daripada Geely, selain kepakaran mereka dalam bidang automotif yang telah terbukti.
Penganalisis Automotif Hezeri Samsuri berkata selain Geely mempunyai rekod kejayaan mereka sendiri, mereka berjaya meningkatkan prestasi Volvo untuk menjadi lebih baik berbanding semasa Ford memiliki Volvo sebelum ini.
Urus niaga Proton dengan Geely membawa kepada pertumbuhan dalam pembuatan, model kereta baharu, pemindahan teknologi dan platform, peluang pekerjaan yang meningkat, dan tempahan lebih besar bagi vendor Malaysia, katanya.
Beliau berkata Proton juga perlu berusaha untuk menjual kereta nasional ke pasaran China yang luas, berdasarkan kerjasama antara Proton dan Geely.
Seorang lagi penganalisis yang enggan dikenali berkata kelebihan utama Proton daripada kerjasama itu ialah Geely merupakan syarikat automotif yang dipacu usahawan dan antara beberapa yang terdapat di dunia berbanding syarikat kereta yang dimiliki oleh perusahaan negara dan multinasional.
Pengasas Geely Li Shufu, kadangkala dirujuk sebagai "Henry Ford of China," seorang usahawan yang mula membina kereta pada tahun 1998.
Geely mencatatkan jualan kereta sebanyak 1.3 juta unit pada Februari tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2017
Kesungguhan syarikat induk Proton, DRB-Hicom mencari FSP adalah untuk memulihkan pengeluar kereta nasional itu bagi memastikan pertumbuhan masa depannya. - REUTERS/Zainal Abd Halim/File Photo
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.