KUALA LUMPUR: Kerugian bersih AirAsia Group Bhd melebar kepada RM887 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2021 berbanding RM851.78 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Perolehan juga menyusut 37 peratus kepada RM295.9 juta daripada RM468.9 juta sebelumnya berikutan sekatan penerbangan di Malaysia serta Indonesia yang mengakibatkan penurunan penumpang masing-masing sebanyak 91 peratus dan 79 peratus.
AirAsia dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata perolehan yang lebih rendah itu telah diimbangi oleh cabang logistiknya, Teleport, yang merekodkan kenaikan pendapatan tiga kali ganda pada suku ketiga.
Hasil Teleport melonjak kepada RM157.9 juta berbanding RM55.67 juta dan menyumbang sebanyak 53 peratus daripada jumlah pendapatan suku ketiga 2021.
"Kumpulan tetap meneruskan langkah-langkah pembendungan kos termasuk saiz tenaga kerja dan pemotongan gaji bagi pengurusan, kakitangan dan pengarah sambil menguruskan kapasitinya secara aktif agar selaras dengan permintaan untuk segmen penerbangan," katanya.
Syarikat bersekutu syarikat penerbangan itu, Thai AirAsia (TAA) juga melaporkan hasil yang lebih rendah sebanyak 457.5 juta baht Thai (100 baht Thai = RM12.71) untuk suku ketiga 2021 berbanding 2,403.2 juta baht yang dicatatkan dalam suku ketiga 2020 kerana TAA kekal dalam hibernasi bagi kebanyakan suku tersebut.
Sementara itu, Airasia superapp melaporkan pendapatan negatif sebelum faedah, cukai, susut nilai, dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM79.2 juta untuk suku ketiga 2021, didorong oleh kos pelaburan bagi mempercepatkan pengembangan ekosistem dan pembangunan teknologi untuk platform penghantaran makanan serta carian yang disatukan.
AirAsia ketika bercakap mengenai prospek menjangkakan momentum jualan semasa dan arah aliran tunai yang berkurangan akan berterusan ke suku keempat 2021 memandangkan kumpulan berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan perjalanan santai.
"Sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi kumpulan untuk menjadi lebih daripada sekadar kumpulan penerbangan, kumpulan hampir sahaja menyelesaikan penstrukturan semula tonggak perniagaan yang berbeza dalam kumpulan dengan pengurusan bebas.
"Selain daripada industri penerbangan, kami melihat wujud daya tarikan dalam perniagaan penyelenggaraan kejuruteraan pesawat kami di bawah Asia Digital Engineering, kargo dan penghantaran terakhir di bawah Teleport, airasia superapp termasuk Bigpay," katanya, sambil menambah bahawa lembaga meramalkan ia akan mempunyai kecairan yang mencukupi bagi mengekalkan operasi perniagaan sepanjang 2021 dan 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
Kerugian bersih AirAsia Group Bhd melebar kepada RM887 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2021. -Reuters
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.