Ringgit stabil pada 2019 meskipun kedudukan pasaran domestik dan global tidak menentu. mencerminkan keyakinan yang kukuh dalam kalangan pelabur ke atas mata wang negara.
Ringgit telah menunjukkan prestasi yang baik, dengan mengambil kira kedudukan ekonomi global yang lemah, perang perdagangan, rundingan Brexit dan risiko geopolitik, menurut Pakar Ekonomi IQI Global Shan Saeed.
Ringgit mengakhiri tahun 2019 pada RM4.08, paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan, dengan keuntungan 0.99 peratus berbanding dolar AS setakat ini tahun ini, didorong oleh keyakinan berterusan ke atas kejayaan fasa satu rundingan perdagangan AS-China, yang mengekalkan sentimen positif dalam kalangan pelabur.
Pada 21 Mac, ringgit mencecah RM4.06 berbanding dolar AS, tahap paling kukuh tahun ini, namun merosot kepada RM4.22, tahap paling lemah, pada 3 September.
Shan berkata kedudukan ringgit itu didorong oleh pertumbuhan ekonomi tahun ini, yang dipacu oleh produktiviti yang lebih tinggi serta pelaburan langsung asing yang meningkat 10.3 peratus kepada RM667.5 bilion pada suku kedua, sekali gus mendorong keyakinan pelabur.
Inflasi secara amnya rendah, dan membantu menstabilkan harga, manakala kestabilan ekonomi makro merangkumi politik, ekonomi, infrastruktur dan kewangan, menyediakan unjuran stabil ke atas mata wang.
"Kestabilan ringgit mengejutkan banyak pelabur, dengan mata wang tempatan itu menambah nilai sebanyak 0.99 peratus," katanya kepada Bernama.
Memasuki 2019, ringgit disebut harga pada 4.0370/0400 berbanding dolar AS pada 2 Jan, meneruskan momentum pada 2018.
Ia naik 1.4 peratus berbanding dolar AS pada suku pertama berikutan perkembangan global yang positif.
Kemajuan yang dicapai dalam rundingan perdagangan AS-China merupakan antara menyumbang ke arah sentimen pasaran kewangan yang lebih baik dan menyokong pasaran kewangan serantau, termasuk Malaysia.
Minat pelabur untuk mengambil risiko terhadap aset kewangan serantau juga bertambah baik berikutan isyarat oleh Rizab Persekutuan AS yang menangguhkan kenaikkan kadar faedah bagi tahun itu.
Pada suku kedua, ringgit tertekan dan menyusut nilai 1.5 peratus berbanding dolar AS.
Penyusutan itu disebabkan oleh pasaran kewangan domestik yang lembap, yang terjejas oleh sentimen pelabur yang berhati-hati di tengah-tengah prospek pertumbuhan global yang sederhana dan ketegangan dalam perdagangan global.
Potensi semakan semula ke atas kemasukan Malaysia dalam senarai Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE Russell World juga menjejaskan sentimen dalam pasaran bon domestik.
Hasilnya, aliran keluar portfolio bukan pemastautin sebanyak RM5.1 bilion menyebabkan ringgit menyusut sebanyak 1.5 peratus berbanding dolar AS pada suku tersebut.
Dianggap antara ancaman terbesar kepada ekonomi global, dua ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat dan China, berbalah dalam isu hak harta intelektual dengan pelbagai tarif import dinaikkan sejak tahun lepas.
Ekoran ancaman itu, segmen perniagaan menjadi lemah dengan Indeks Pengurus Pembelian Global (IPP) bagi sektor pembuatan merosot ke bawah 50 mata antara Mei dan Oktober.
"Pasaran tukaran asing cemas dan gelisah mengenai impaknya ke atas ekonomi global," menurut Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Pada suku ketiga, ringgit menyusut 1.1 peratus kepada dolar AS berikutan pengelakan risiko yang terus meningkat dalam pasaran kewangan global di tengah-tengah peningkatan ketegangan perdagangan dan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global.
Sentimen tersebut menyebabkan pelabur beralih kepada mata wang yang selamat, termasuk dolar AS.
Bagaimanapun, ringgit tidak bersendirian kerana banyak mata wang pasaran pesat membangun tertekan ekoran pengukuhan dolar AS, dan kebimbangan mengenai pertumbuhan global, kata pengalisis FXTM Research Lukman Otunuga.
"Walaupun sentimen yang bertambah baik ini berkemungkinan menyokong ringgit, keuntungan terus dikekang oleh pemacu luaran," katanya.
Selain itu, institusi besar seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Dunia telah menurunkan unjuran masing-masing bagi 2019 dan 2020.
"Pengelakan risiko juga berlaku dan membawa kepada permintaan yang lebih tinggi ke atas dolar AS yang dianggap lebih selamat, terutama pada September," kata Afzanizam.
Namun, beliau berkata kemajuan dalam rundingan antara AS-China baru-baru ini positif kepada ringgit.
Pada suku akhir ringgit meningkat 2.29 peratus berbanding dolar AS ditengah-tengah tindakan AS-China bersetuju untuk menandatangani perjanjian fasa pertama rundingan perjanjian perdagangan itu pada Januari.
Pada suku itu, minat pelabur dalam pasaran kewangan global juga bertambah baik sejak Oktober berikutan wujud tanda-tanda keyakinan dalam rundingan perdagangan global antara AS dan China, serta perjanjian Brexit.
Mengenai unjurannya, Shan menjangkakan ringgit kekal stabil tahun depan, berlegar antara RM3.97 dan RM4,30 berbanding dolar AS, sejajar dengan pergerakan yuan China dan minyak mentah.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AMMB Holdings Bhd Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata ringgit terus terikat dengan perdagangan antara AS dan China.
"Andai rundingan perdagangan berjaya, ini akan menyaksikan pengukuhan renminbi berbanding dolar AS, yang turut menyumbang kepada pengukuhan ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 31 2019
Ringgit mengakhiri tahun 2019 pada RM4.08, paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan, dengan keuntungan 0.99 peratus berbanding dolar AS setakat ini tahun ini. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini disebabkan sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42-4.43 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.