Malaysia dan Indonesia sepakat menjalinkan kerjasama strategik bagi melaksana usaha membangunkan industri automotif, sebagai langkah awal ke arah merealisasikan hasrat membangunkan projek kereta ASEAN.
Perkara itu dicapai, hasil pertukaran Memorandum Persetujuan (MOA), antara Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Institut Otomotif Indonesia (IOI) di sini hari ini.
Fokus awal tertumpu kepada pemerkasaan vendor komponen kenderaan di kedua-dua negara.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari, keupayaan vendor komponen kenderaan sangat penting, bagi memastikan kejayaan sesebuah pengeluar kenderaan.
Ini kerana, 80 peratus daripada komponen untuk menghasilkan kenderaan, diperoleh daripada vendor.
“Teknologi sesebuah kenderaan bergantung kepada komponennya. Justeru, vendor perlu mematikan komponen berteknologi tinggi dibekalkan kepada pengeluar kenderaan,” katanya.
Sebagai permulaan, pemerkasaan modal insan dan pengukuhan rantaian bekalan akan dilakukan.
Juga, menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam pembuatan kenderaan generasi baharu.
Malaysia juga bersedia berkongsi kepakaran dan teknologi, manakala Indonesia pula menyediakan akses pasaran lebih luas kepada Malaysia.
“Malaysia mempunyai lebih 100 syarikat yang memiliki keupayaan mengeluarkan komponen setaraf dengan peringkat global. Manakala Indonesia kebanyakkannya berada di kelas Tier 2 dan Tier 3,” katanya selepas menyaksikan pertukaran MOA, antara Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari dengan Presiden IOI, Made Dana M. Tangkas.
Turut serta, Ketua Pengarah Pembangunan Industri Antarabangsa Indonesia, Gusti Putu Suryawani.
Berdasarkan statistik, Indonesia memiliki lebih 1,000 vendor komponen kenderaan, manakala Malaysia pula, sebanyak 641.
Sekiranya MOA tersebut menghasilkan perkembangan positif, kerjasama dengan Thailand akan dilakukan, kerana negara ‘Detroit Of The East’ itu memiliki lebih 2,400 vendor.
Sekaligus, mempercepat pembangunan projek kereta ASEAN.
Sementara Itu, Ketua Pengarah Pembangunan Industri Antarabangsa Indonesia, Gusti Putu Suryawani memaklumkan, pembangunan kereta ASEAN tidak hanya terhad kepada segmen kereta penumpang.
Malah, boleh dikembangkan kepada segmen kenderaan komersil atau khusus untuk sektor-sektor tertentu.
Andy Reza
Fri Aug 10 2018
Langkah awal merealisasikan projek kereta ASEAN digerakkan menerusi pertukaran Memorandum Persetujuan (MOA), antara Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Institut Otomotif Indonesia (IOI) hari ini. - Foto MAI
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.