KPDNHEP tidak cadang wujud jenama 'i-KeeP'

Bernama
November 14, 2019 22:29 MYT
i-KeeP adalah inisiatif KPDNHEP dengan kerjasama PNS dilaksanakan melalui syarikat peruncitan terpilih yang menawarkan harga berpatutan untuk barangan keperluan harian terpilih di 268 premis di seluruh negara. --fotoBERNAMA/Fail
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) tidak bercadang untuk mewujudkan jenama khas, 'i-Keep', untuk barangan di bawah program Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen bagaimanapun berkata ia terpulang kepada peniaga untuk berunding dengan pengilang bagi mewujudkan jenama itu melalui ejen yang dilantik, Visi Anugerah Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Nasional Berhad (PNS).
"Setakat ini terdapat lebih 400 pasar mini dan kedai serbaneka menyertai program ini melalui kerjasama enam rakan strategik syarikat peruncitan yang berkaliber, berpengalaman dan berkeupayaan modal kewangan," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di sini.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.
-- BERNAMA
#Chong Chieng Jen #Dewan Rakyat #ejen #ekonomi #i-KeeP #jenama khas #Kedai Serbaneka #KPDHEP #pasar mini #pengilang #peniaga #PNS #syarikat peruncitan #Visi Anugerah