KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) mendedahkan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak menggunakan sepenuhnya bayaran yang diterima daripada kerajaan untuk projek tersebut.
Pengerusinya, Wong Kah Woh, berkata situasi itu menyebabkan syarikat BNS menghadapi 'cost overrun' sebanyak RM1.4005 bilion, dengan RM400 juta daripada jumlah tersebut digunakan untuk menyelesaikan hutang lapuk membabitkan projek kapal peronda generasi baharu (NGPV).
"Peralatan yang disimpan dalam stor bagi projek LCS dianggarkan berjumlah RM1.7 bilion dan dianggarkan 15 peratus telah pun usang," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, di sini hari ini.
Hasil laporan tersebut antara sembilan rumusan yang dibuat oleh PAC hasil sembilan prosiding ke atas siasatan berhubung projek pembekalan LCS, yang dijalankan sejak 18 November 2020 sehingga 8 Mac lalu.
Antara yang dipanggil sebagai saksi dalam prosiding tersebut ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bekas Menteri Pertahanan).
Jelas beliau lagi, kontrak projek LCS diberikan secara rundingan terus kepada BNS, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS,
Bagaimanapun, ujarnya sehingga kini tiada satu kapal LCS yang disiapkan berbanding lima buah kapal yang perlu diserahkan setakat Ogos ini.
Wong menambah laporan itu turut mendapati kerajaan gagal mengesan kedudukan kewangan BNS yang lemah, sehingga memaksa kerajaan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada syarikat tersebut.
Katanya, tindakan tersebut adalah bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 yang berkuatkuasa ketika itu;
"Kedudukan kewangan syarikat BNS adalah lemah dan kritikal disebabkan salah guna kuasa dan kepincangan dalam pengurusan kewangan. Setakat tahun 2018, hutang syarikat BNS kepada OEM adalah sebanyak RM801 juta, manakala pinjaman syarikat BNS dengan institusi kewangan adalah sebanyak RM956 juta.
"Syarikat BNS telah melantik syarikat CAD dan CED untuk membeli peralatan daripada OEM. Ini menyebabkan kos pembelian bertambah berkali ganda. Syarikat CAD dan CED merupakan syarikat usahasama antara BNS (51 peratus) dan RAD (49 peratus) yang mana RAD mempunyai kawalan penuh ke atas CAD dan CED.
"Laporan Pengauditan Forensik mendapati peranan CAD dan CED dalam projek LCS amat meragukan," tambahnya.
Dalam masa yang sama, PAC juga kata Wong mendapati terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan, dengan pembayaran projek LCS dibuat berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item, dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.
Selain itu, Kementerian Pertahanan (MinDef) dan BNS juga mengabaikan pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir.
Pada asalnya, Wong berkata kapal model Sigma yang dipilih TLDM telah diluluskan Mindef, tetapi ia ditukar kepada model Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS pada 8 Julai 2011.
“Memetik kenyataan Tan Sri Abdul Aziz, panglima tentera laut ketika itu, keputusan tersebut adalah ‘something is gravely wrong’ (sesuatu yang sangat tidak kena),” katanya lagi.
Sehingga kini, rekaan akhir juga masih belum lagi dimuktamadkan oleh kerajaan dan syarikat BNS, menyebabkan arahan perubahan kerja (VO) dikeluarkan secara berterusan dan membuka ruang berlakunya manipulasi.
Justeru, sebagai langkah penambahbaikan, PAC mengesyorkan tujuh perkara untuk dilaksana oleh kerajaan termasuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap semua penemuan dalam laporan PAC.
"Mindef perlu melihat semula kesemua opsyen dan menetapkan hala tuju terbaik bagi projek LCS dan memastikan wang awam dibelanjakan secara bertanggungjawab.
"Mindef juga perlu membentangkan laporan kemajuan projek LCS setiap tiga bulan kepada PAC sehingga projek LCS disempurnakan," katanya.
Hasimi Muhamad
Thu Aug 04 2022
Kontrak projek LCS diberikan secara rundingan terus kepada BNS, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS - Gambar fail
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Projek LCS: Gadai pertahanan negara, itu satu penderhakaan - Mukhriz
Mukhriz berkata berkata projek perolehan LCS itu satu lagi skandal yang disifatkan mirip 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laporan PAC: Bayaran perolehan kapal tempur pesisir tidak digunakan sepenuhnya
Peralatan yang disimpan dalam stor bagi projek LCS dianggarkan berjumlah RM1.7 bilion dan dianggarkan 15 peratus telah pun usang