LUMUT: Kementerian Pertahanan berpuas hati dengan status terkini proses pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) termasuk sebuah daripada enam kapal yang diyakini siap pada tahun hadapan, kata menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Mohamad hasil lawatan beliau ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mendapati pembinaan kapal-kapal tersebut menepati masa ditetapkan secara berperingkat mengikut kesesuaian masing-masing.
"Untuk kapal pertama, tinggal satu blok sahaja yang perlu dilengkapkan, ia tidak ambil masa. Bahagian enjin, baling-baling, kotak gear telah dimasukkan, tinggal peralatan elektrik dan kemudiannya senjata.
"Saya yakin, kapal pertama ini akan siap pada 2024 sebelum ujian di peringkat pelayaran di laut dan kemudiannya ditauliahkan," katanya pada sidang media selepas lawatannya hari ini.
Mohamad sebelum ini dilapor berkata kerajaan akan meneruskan projek pembinaan LCS sebagai sebahagian daripada pengukuhan pertahanan negara dan tentera laut dengan usaha itu turut membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi merealisasikan penyiapan aset ketenteraan berkenaan.
Dilapor, Kementerian Pertahanan juga sudah berunding untuk membawa kertas projek itu untuk terus berjumpa dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.
Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan kerajaan membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.
Laporan dikeluarkan pada 4 Ogos lepas itu turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.
Pada 2 Okt lepas, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein,dilaporkan berkata pembinaan LCS akan disambung semula selepas semua rundingan dan setiap perjanjian dalam fasa mobilisasi dimuktamadkan pada penghujung Disember tahun lepas.
Ditanya mengenai status kapal lain, Mohamad berkata ia mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan mengikut kesesuaian masing-masing dari segi pemasangan peralatan elektrik, elektronik, persenjataan dan beberapa perkara teknikal lain.
"... ada yang perlu diperiksa dari segi bocor, artileri dan ECU (unit kawalan elektronik). Harapan kita agar semua masalah sebelum ini selesai. Ini termasuk isu dengan orang tengah yang kini di peringkat akhir untuk diselesaikan iaitu selepas ini kita akan terus berurusan dengan vendor sahaja.
"Ada juga yang bertanya kenapa teruskan projek LCS ini (dalam status ketidaktentuan ekonomi negara), jawapan saya mudah iaitu hal kedaulatan dan pertahanan negara tidak boleh dikompromi. Anda boleh katakan apa sahaja yang anda suka namun MINDEF (Kementerian Pertahanan) tetap fokus dalam hal ini," katanya.
Mohamad yang turut melawat perumahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di situ termasuk untuk TLDM dan kakitangan awam berkata perumahan berkenaan akan ditambah baik secara berperingkat.
"Dijangkakan kesemua 39 blok perumahan ini akan ditambah baik untuk manfaat kira-kira 25,000 orang ini. Saya minta hal ehwal anggota ini turut diberi keutamaan," katanya.
Program hari ini turut dihadiri Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Udara Markas Udara TLDM Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin Abu Bakar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media sempena lawatan beliau ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut hari ini. - fotoBERNAMA
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Malaysia-Indonesia komited perkukuh kerjasama pertahanan
Mohamed Khaled telah menyatakan keyakinannya terhadap pengalaman luas dan inisiatif yang dibawa Prabowo, terutama dalam bidang pertahanan.
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.
Boustead Heavy Industries dapat lanjutan kontrak senggara kemudahan kapal selam TLDM
Kontrak rasmi antara Kerajaan Malaysia dan BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd akan dimuktamadkan dan dilaksanakan kemudian.
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Mohamed Khaled hadiri Sesi Permukiman Menteri Pertahanan ASEAN di Laos
Sesi itu disertai 10 negara ASEAN dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Chansamone Chanyalath, yang juga Menteri Pertahanan Laos.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.
Mindef pertingkat keupayaan aset ATM, peroleh 12 helikopter, tiga LMS - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertingkatkan lagi keupayaan aset ATM menerusi perolehan 12 unit helikopter baharu, tiga kapal misi pesisir dan 136 unit kenderaan perisai mobiliti tinggi.
Jenazah Abang Abu Bakar selamat dikebumikan di Kuching
Jenazah bekas Menteri Pertahanan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bahagian Kuching pukul 6.30 petang tadi.