Ekonomi Malaysia yang masih berkembang pada masa berlaku ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi serantau dan global merupakan antara petunjuk utama bahawa ekonomi negara masih berada di atas jajaran kukuh serta landasan yang betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata ia adalah antara lima petunjuk utama ekonomi negara yang menyokong hakikat itu.
Sebagai contoh, katanya, pada tahun lepas ekonomi Malaysia berkembang pada kadar enam peratus dan tahun ini ia dijangka mencapai lima peratus.
"Tidak seperti pada tahun 1998, ketika berlakunya krisis kegawatan ekonomi Asia, di mana ekonomi kita telah menguncup sebanyak negatif tujuh peratus," katanya dalam Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.
Perdana Menteri berkata petunjuk kedua ialah fundamental atau asas ekonomi negara pada hari ini lebih kukuh lagi kerana Malaysia telah mempelajari daripada kesan krisis 1998 itu.
"Antara contohnya seperti defisit fiskal kerajaan yang telah dapat dikurangkan daripada negatif 6.7 peratus pada 2009, kepada 3.2 peratus pada tahun ini.
"Seterusnya, sistem perbankan dan kewangan yang kekal mempunyai modal kukuh dan kecairan yang mencukupi. Kadar pinjaman tidak berbayar dan inflasi yang rendah serta terkawal," katanya di hadapan hampir 3,000 jemputan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat di Dewan Plenary, KLCC itu.
Amanat Hari Kebangsaan 2015 oleh Perdana Menteri disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh stesen RTM saluran TV1. Acara Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri yang berlangsung bagi tahun kedua dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Bernama.
Dalam ucapan selama kira-kira 40 minit itu, Najib berkata petunjuk ketiga ialah kejayaan dasar-dasar negara khususnya melalui Dasar Transformasi Nasional yang telah membawa kepada penurunan kadar kemiskinan, daripada 49.3 peratus pada 1970 kepada hanya 0.6 peratus pada 2014.
"Keluaran Dalam Negara Kasar pula telah meningkat sebanyak 47.7 peratus dari 2009 hingga 2014, manakala sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010," katanya.
BACA: Najib ikrar tidak akan biarkan Malaysia jatuh
Petunjuk keempat ialah Malaysia masih kekal diiktiraf di mata dunia kerana masih mampu mengawal pengurusan ekonomi dengan begitu baik sekalipun negara terus dihadapkan dengan sekian banyak cabaran dan peringkat global.
"Ini terbukti melalui penarafan dan laporan daripada agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody's, Standard & Poor's dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang telah memberikan gambaran sebenar tentang keadaan serta pengurusan ekonomi semasa.
Rakyat, kata perdana menteri, hendaklah faham bahawa segala kajian dan dapatan terhadap pencapaian Malaysia, bukanlah direka-reka dan penaraf antarabangsa yang memberi penarafan itu adalah pengabsah yang berwibawa tinggi dan tidak boleh dipertikaikan kerana hasil kajian serta pandangan mereka diterima pakai di seluruh dunia.
Najib berkata Malaysia juga berjaya menduduki tangga ke-12 daripada 60 negara dalam World Competitiveness Yearbook 2014.
"Namun saya sedar bahawa telah timbul keresahan akibat kejatuhan nilai matawang. Harus disedari bahawa ini merupakan fenomena global dan hampir kesemua negara tidak terkecuali daripada menerima kesan kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi, penguncupan ekonomi dunia, termasuk negara China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia," katanya.
Ke arah itu, Najib berkata beliau telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi dianggotai 10 pakar ekonomi dan tokoh korporat yang akan bertindak segera menimbang segala perancangan dan tindakan bersifat serta-merta sehingga kemelut ekonomi menjadi reda.
"Apa yang penting...saya beri jaminan bahawa kerajaan tidak akan hilang fokus, malah akan terus membela untung nasib dan mendahulukan kepentingan, juga kesejahteraan rakyat," katanya.
Perdana Menteri berkata bagi petunjuk kelima, banyak usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan kerajaan seperti penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia dan sebagainya yang telah berjaya membantu meringankan beban sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Jelas terbukti bahawa Malaysia bukan negara yang gagal, seperti yang didakwa, bukannya nak bankrap, malah kita pada hakikat sebenarnya masih berada dalam keadaan yang stabil, dengan fundamental yang kukuh dan akan terus mampu bertahan serta berdaya saing," katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan menteri-menteri Kabinet.
Najib berkata beliau mahu membetulkan keadaan dan beberapa salah faham serta menerangkan dan menjelaskan isu-isu berbangkit supaya rakyat dapat mendengar terus daripadanya, sebagai pemimpin, agar lebih rasional, faham dan tenang.
"Kita boleh bahagikan maklumat dan sumber yang kita peroleh kepada dua. Pertama, berasaskan kepada fakta-fakta yang benar dan bersifat realiti atau sahih lagi boleh dipercayai. Keduanya pula, adalah maklumat dan sumbernya yang didapati atas dasar dengar-dengar khabar sahaja, persepsi dan tekaan serta bersifat propaganda semata-mata," katanya.
Beliau berkata sewaktu kegawatan ekonomi 1998, kerajaan yang mentadbir ketika itu telah berjaya menerangkan kepada rakyat, dengan memperbetulkan persepsi bahawa keadaan ekonomi pada waktu itu adalah di luar kawalan kerajaan.
Bernama
Sun Aug 30 2015
Perdana memberi contoh pada tahun lepas ekonomi Malaysia berkembang pada kadar enam peratus dan tahun ini ia dijangka mencapai lima peratus. - Foto Bernama
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.