KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd membeli sebidang tanah pajakan bebas di Johor bagi pembinaan projek bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM469 juta.
Dalam kenyataan hari ini, Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum berkata pembelian di Mukim Tebrau itu merangkumi tanah seluas 2.8 hektar dan merupakan urus niaga tanah pertama bagi kumpulan itu tahun ini yang juga sejajar dengan hasrat mengembangkan lagi kehadirannya di Johor Bahru.
"Kejayaan pangsapuri mampu milik siri M kami di pusat bandar serta kediaman jenis teres di pinggir bandar telah mendorong kami untuk terus meninjau peluang pengambilalihan sama untuk membangunkan rumah mampu milik dengan mengutamakan hartanah yang dapat menjana pulangan," katanya.
Leong berkata, sebahagian daripada tanah itu yang akan dikenali sebagai M Minori, akan dibiayai menerusi hasil daripada penjualan sebidang tanahnya di Permatang Tinggi, Pulau Pinang.
Beliau berkata, pembelian tanah itu juga merupakan antara keputusan strategik kumpulan bagi menumpukan pembelian lebih baik serta pulangan lebih pantas bagi hartanah kediaman jenis M yang melibatkan pembangunan rumah mampu milik dan seiring dengan permintaan pasaran.
Pemaju hartanah itu turut menyasarkan kawasan koridor pertumbuhan pesat di Seremban, Negeri Sembilan serta Melaka dan Perak selain Lembah Klang dan Pulau Pinang bagi pembangunan projeknya di masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
Sebahagian daripada tanah itu yang akan dikenali sebagai M Minori, akan dibiayai menerusi hasil daripada penjualan sebidang tanahnya di Permatang Tinggi, Pulau Pinang. - Mah Sing Group
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
Mah Sing lantik Tin Yow sebagai CEO kumpulan berkuat kuasa 2 Februari
Mah Sing Group Bhd melantik Datuk Voon Tin Yow sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, berkuat kuasa 2 Feb, 2024.
Haily Group menang kontrak RM52.30 juta daripada unit Mah Sing
Haily Group berkata projek itu, yang merupakan kontrak ketiga daripada Mah Sing, juga merupakan kontrak terbesar kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.
Mah Sing beli tanah di Johor dengan GDV RM469 juta
Mah Sing Group Bhd membeli sebidang tanah pajakan bebas di Johor bagi pembinaan projek bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM469 juta.
Mah Sing optimis capai sasaran jualan RM1.6 bilion
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021 (9BTK21) pendapatannya meningkat 15% kepada RM1.22 bilion daripada RM1.06 bilion.
Usaha vaksinasi, PEMERKASA dorong pemulihan keyakinan pembeli rumah - Mah Sing
Mah Sing Group Bhd yakin pelaksanaan usaha seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) berupaya meningkatkan keyakinan pembeli rumah.
Mah Sing, Lazada bekerjasama jual rumah dalam talian pada 12.12
Inisiatif itu merupakan yang pertama kali dibuat di Asia Tenggara.
Pasaran hartanah dijangka berkembang suku kedua
Kumpulan pemaju hartanah Mah Sing mengunjurkan segmen hartanah akan berkembang pada suku kedua tahun ini.